Artis / Selebriti
” Ala Dekta buat kami semua menangis dengar luahan Dekta tu. Suara Dekta sebijik macam arwah ibu.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu Menerima Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Daripada Anak Perempuannya, Talita Buat Warganet Tersentuh. Alahai Sedihnya Ucapan Dekta Tu. Dengar Suara Dekta Cakap, Lagi Tangkap Sayu. Sebijik Macam Suara Arwah Siti Sarah !!
Shuib Sepahtu pernah melalui detik sukar dalam hidupnya setelah pemergian Siti Sarah Raissuddin. Kesedihan yang dialami Shuib dan anak-anak ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan hanya kenangan bersama arwah Siti Sarah menjadi pengubat rindu mereka sekeluarga.
Hari demi hari, Shuib dan anak-anak semakin kuat mengharungi hidup tanpa Siti Sarah di sisi. Bersempena sambutan hari bapa, satu-satunya anak perempuan Shuib dan Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra atau mesra dengan panggilan Dekta membuat kejutan hadiah hari bapa untuk daddy kesayangannya itu.
Meninjau akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Shuib ketika mendapat kad ucapan dan hadiah daripada Dekta. Tidak hanya 1 tetapi 2 kad ucapan yang dihasilkan oleh Dekta untuk Shuib. 2 ucapan dalam 2 kad yang berbeza yang meruntun perasaan warganet.
Dekta lebih mengenali daddynya dan melihat sendiri bagaimana Shuib berusaha menjadi seorang daddy yang terbaik. Segala pahit getir sudah mereka harungi bersama dan kata Dekta, dia akan sentiasa ada di sisi Shuib. Shuib disifatkan oleh Dekta sebagai seorang ayah yang terbaik dan kuat.
Jom tonton video di bawah :
@shuibsepahtu Semalam hari yang sibuk sedari pagi.Hari yang penuh dengan meeting dan perkara2 yang memeningkan kepala otak ðĪŠ meeting yang tak habis2 smpi la ke tgh mlm pkl 12. Sesampai nya di rumah,di sambut dgn surprise dr Dekta sempena Father Day katanya.MasyaAllah!!!! Hilang semua masalah yg mengusutkan kepala.Syukur Ya Allah utk anugerah terindah ini,Turunkan Rahmat buat keluarga kecilku Ya Allah,Permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat,Limpahkan kurniaan rezeki dunia akhirat.Amin Love U Mummy âĪïļ @Watie Hanifiah #ShuibFamily
Perkongsian oleh Shuib ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara dekta SEBIJIK SUARA ARWAH ibunya.. dekta buat achik nangis tau.. meleleh air mata kita.. ”
” Suara dek ta mcm suara ibunya.. knpa aku nangis tgk ni…. allahuakbar… aku yg meleleh air mata tanpa sedar.. semoga dekta membesar menjadi anak yg baik amin.. ”
” Suara dekta MasyaAllah sebijik arwah ibu nya semoga membesar dgn baik,berjaya didunia jg akhirat n jd ank yg solehah utk ibu,mummy dan daddy in shaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin Ya Mujibassailin.. ”
” Rindunya suara arwah Siti Sarah, bila dgr suara dekta sebiji suara arwah ibunya… nangis tgk video ni.. ”
” Air mata mengalir dri awal tgk smpai hujang cerita.. Tersentuh jiwa dengar luahan kata Dekta untuk daddy. Dekta btl suara dekta mcm arwah ibu dy… sebiji.. ”
” Ala dekta buat kami semua nangis. ucapan yang penuh bermakna untuk daddy. Dekta yang lebih tahu segala derita Daddy dulu. Suara dekta tu pun lagi tambah sayu. sebijik suara ibu.. ”
” Shuib tak nangis, aku yang nangis. Suara Dekta macam arwah ibu lah. Last kad Dekta untuk Shuib tu paling sedih ucapannya.. ”
Ikhlas betul ucapan Dekta untuk daddynya itu sehingga membuatkan warganet pula yang menangis tanpa sedar. Selamat hari bapa buat Shuib dan terima kasih kerana menjadi seorang daddy yang penyayang dan bertanggungjawab kepada anak-anak. Semoga terus bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber :Â Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza