Artis / Selebriti
” Ala comelnya versi menggigit pulak dah, lupa lah tu tengah live.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman bocorkan rahsia suaminya, Fattah Amir buat ramai terhibur. Alamak hampir kena gigit Amira dengan Fattah. Part Fattah mengadu mual tu suspen je. Ada apa-apa ke tu Fattah, hehe..
Fattah Amin dan Amira Othman masih lagi bergelar duta untuk produk Rissa. Pasangan ini kembali bersiaran langsung untuk Rissa pada malam tadi dan banyak moment sweet yang berlaku sepanjang live tersebut berjalan. Ianya membuatkan warganet yang menontonnya tersenyum melihat gelagat Fattah dan Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TilljannahFA dan Cikindah911, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live Fattah dan Amira itu. Antara kejadian yang menarik perhatian ramai ketika Amira membocorkan rahsia Fattah kepada umum.
Amira memberitahu Fattah baru sahaja makan sambal udang walhal pada waktu siang, Fattah cukup susah untuk diajak makan kerana katanya sedang dalam proses berdiet. Gaya Amira yang comel membocorkan rahsia Fattah mencuit hati warganet yang menonton video ini.

Udang adalah makanan kegemaran Fattah dan pasti tidak akan ditolak. Selepas itu, Fattah mengadu mengatakan dirinya mual seolah-olah udang yang dimakan masih hidup dalam perut. Tergelak Amira dan Aca mengusik mengatakan Fattah perlu membuat pemeriksaan risau sekiranya Fattah yang mengandung.
Jom tonton video di bawah :
@tilljannahfa Siang dia diet malam dia makan sambal udang 😅 #fattmira #fattahamin #amiraothman #fypシ゚
@cikindah911 Bloated makan sambal udang tauu korang.. Jangan aneh2 🤭.. Yang wish tahniah fattah tu tadi nakal 🤣 #amiraothman #fattahamin #fattmira #rissaskin
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hurm dia dah mula menggigit ni bahaya haha. uissh so slalunya off camera ni memang mira slalu kena gigit dgn fattah la, haha.. tak behave sungguh fattah ni.. “
” Lupa lah tu tengah live.. nak gigit gigit pulak.. hari tu nak gigit jari ni nak gigit bahu ye guys. selalu org ckp “biarkan dia selagi tak menggigit” kes FA ni mcm mana ye.. “
” Fattah geram dgn kecomelan Amira bahan dia pasal diet dan sambal udang tu sebab smp nak gigit tu haha.. “
” Btl la erkk suami yg suka gigit2 prngai mcm budak2 dia sorg yg manja dn sweet haha.. lepas ni percaya lah fatah tak boleh mkn udang… sebab ape, jeng jeng jeng.. alhamdulillah.. “
” Hint pertama yang diperolehi.. Fattah yg mabuk mira alhamdulillah sihat.. Apapun doa yg baik2.. Muga jd kenyataan… Aamiin.. “
” Lawak…. Udg hidup dlm perut….. Fattah mual mkn udg.. pembawakan udang ni.. hint ni guys.. ini semua salah sambal udang tau.. “
” Ala comelnya versi menggigit pulak dah.. sambal udang dipersalahkan. mual pun udang salah hahaha.. bahaya pembawakan sambal udang ni.. “
Gara-gara sambal udang, sampai mual Fattah dibuatnya. Amira pula suka mengusik Fattah ketika live semalam, mana lah Fattah tidak geram sehingga kan mahu digigitnya bahu Amira. Apa-apa pun, semoga ada berita baik daripada Fattah dan Amira serta didoakan semua urusan pasangan ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok TilljannahFA, Tiktok Cikindah911
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

