Artis / Selebriti
” Aku tunggu je nak tengok Jep pakai costume apa, memang lawak lah Jep.. ” – Netizen

Video Pertandingan Memperagakan Costume Antara Penyampai Geng Pagi Sinar, Jep Sepahtu, Rahim, Angah Dan Elizad Buat Ramai Terhibur. Wah Masing-Masing All Out Lah. Part Yang Jep Masuk Tu, Berdekah Afifah Nasir Gelak. Lawak Lah Jep, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram Radio Sinar telah berkongsi beberapa video pada hari ini yang mana penyampai-penyampai radio, Jep, Rahim, Angah dan Elizad telah menyertai pertandingan pakaian bertemakan pekerjaan.
Stesen Radio Sinar turut menjemput pelakon Afifah Nasir dan Mia Nasir sebagai juri untuk menilai pemakaian mereka. Dalam video pertama, memaparkan Elizad memilih costume diver. Manakala Rahim pula memilij costume angkasawan.
Lain pula Angah yang membawakan gaya bersahaja sebagai seorang pekerja di Zoo. Namun apa yang menarik, Angah telah membawa haiwan mainan seperti harimau, bu4ya, ul4r untuk aksesoris costume hari ni dan memperkenalkan nama harimau yang dijaganya itu adalah Shiba.
Manakala Jep pula memilih menjadi seorang badut. Lagak Jep ketika memperagakan costume yang dipakainya membuatkan ramai terhibur. Jep juga membawa banyak belon bersamanya. Melihat gaya Jep tersebut, kedengaran suara Afifah berdekah ketawa.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah Geng Pagi Sinar ini memperagakan pakaian mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku tunggu je nak tengok Jep pakai costume apa, memang lawak lah Jep.. Sekali Afifah pun berdekah ketawa tengok Jep.. “
” Afifah pnya gelak dgn kita skali gelak sama.. Jep mmg jugak sepesen je ye? Mesti cucuk langit.. Hahaha.. “
” Afifah mcm biasa.. Dia gelak.. Aku ikut gelak.. Biler Tapan jadi Joker.. Presentation Angah tu yg power tu yg menang.. “
” Aku tengok diaorang ni masing masing enjoy dengan kerja.. Best je tngok.. Abg Rahim sempoi, senang tak nk kntoi tido hari ni, haha.. “
” Ni nak pergi angkasa ke nak pergi welding Rahim, hahahaha Angah sempoi, patut memang.. Simple je dia.. “
” Jep saje nak gula2 kan Afifah untuk menang kan, bagi smua belon tu.. Hahhaahha memang kelakar tengok.. “
” Hahahahahahaha aduiiii kalau dalam konti dah kelakar, dalam radio lagi lah. Aku gsau si pipah tu gelak smp tergolek2 kat situ je. Dia bukn boleh bende2 lawak ni, tengok Elizad jalan pun dah pipah berdekah.. “
Happening betul tengok, tahniah Angah berjaya menang dalam pertandingan ini. Siap juri dapat bawa balik harimau lagi. Geng Pagi Sinar memang sempoi, macam-macam aktiviti dilakukan mereka buat tontonan warganet.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen