Artis / Selebriti
” Aku tak boleh lah tengok muka Riena dengan Faizal Hussein ni, haha.. ” – Komen Netizen

Kemunculan Faizal Hussein dan Riena Diana dalam iklan Pak Mat Western raih perhatian ramai. Bila Baiduri bertemu Walid, trauma sungguh Baiduri dibuatnya. Plot twist last tu paling tak sangka, kelakar betul..
Drama kontroversi Bidaah lakonan mantap Faizal Hussein, Fattah Amin dan Riena Diana telah pun melabuhkan tirainya, namun penonton setia drama ini masih terngiang-ngiang dialog yang dilontarkan dalam drama tersebut. Watak Walid yang dibawakan oleh Faizal dan Baiduri oleh Riena antara watak kegemaran ramai.
Meninjau entry di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video iklan terbaru mereka yang menampilkan Faizal dan Riena sebagai pelakon utamanya. Faizal melakonkan kembali watak Walid dan tampil dengan imej Walid, berjubah putih dan berkopiah.
Riena pula membawakan watak Baiduri menunjukkan reaksi wajah yang tidak senang dengan kehadiran ‘Walid’ ke cafe Pak Mat. Nama pun pelakon, baik Faizal mahu pun Riena melakonkan watak mereka dengan cukup baik dalam iklan ini. Kebencian Baiduri terhadap Walid ditonjolkan dengan cukup baik.
Babak demi babak termasuk merendam kaki Walid turut ditunjukkan dalam video ini. Tetapi ketawa warganet pecah juga setelah menonton sehingga ke akhir video. Plot twist kali ini memang di luar jangkaan semua. Memetik komen warganet, ini Walid versi insaf.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haa sudah, dah keluar lokap pulak dia haha.. dah insaf ni gamaknya.. Saudara kembanya Walid, Wahid haha.. “
” Weh laju haha.. Walid dah mai hehe.. aku tak boleh lah tengok muka Rina dengan Faizal hussein ni haha.. last-last gout rupanya.. “
” Tak sabar nak tgk universe walid jumpa iman. Kasi on lah pakmatwesterncafe.. yang ni confirm gempak.. “
” Pak cik wahid kena pantang sikit makan, bahaya tu gout.. Wahid pulak ye haha.. nasib wahid bukan walid.. pakmat iklan mmg padu.. “
” Hahah lucu lah.. Patut lah tak de janggut, ni adiknya Walid, Wahid hahaha.. Walid green flag.. Baiduri tu trauma betul.. “
” Walid janggut dah hilang haha.. Ter walid walid.. Ica jangan macam macam na Ica.. tergelak tengok plot twist korang ni.. “
” Sampai ke sini Walid try eh.. Salah satu iklan terlama yang pernah saya tonton.. kreatif lah korang ni.. ada je eh idea.. Biasa dia Walid jadi Wahid ni.. “
Disangkakan Walid rupanya Wahid, kreatif sungguh team Pak Mat Western mengolah jalan cerita iklan mereka. Kuat sungguh aura Walid sehinggakan semua masih lagi menyebut nama Walid sampai ke hari ini. Apa-apa pun, iklan yang menarik dan menghiburkan semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen