Artis / Selebriti
” Aku tak boleh blah suami isteri ni. Adeh keras perut weh, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Ain Edruce dan Amirul Hafiz ketika catwalk di majlis memperkenalkan duta Bulan Bintang buat warganet terhibur. Adui lah Mirul, senyum nampak gigi dan cara lambai tu memang nampak terpaksa betul. Sempat lagi Ain gelakkan Mirul, haha..
Pasangan Ain Edruce dan Amirul Hafiz seringkali mencuri perhatian ramai kerana karakter kelakar mereka. Ain seorang yang riuh dan kecoh, namun berbeza dengan Amirul yang extrovert dan lebih pendiam. Banyak perbezaan antara mereka, namun kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain.
Meninjau entry di akaun Tiktok Bulanbintangsetapak dan Tiktok Bulanbintanfav0, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Ain, Amirul dan anak mereka, Soraya ketika majlis memperkenalkan duta Bulan Bintang. Ramai muka baru yang menghiasi Bulan Bintang edisi raya tahun ini.
Telatah Ain dan Amirul ketika berjalan masuk ke pentas memperagakan busana keluaran Bulan Bintang mencuit hati warganet. Amirul walaupun masih malu-malu tetapi tetap beraksi dengan baik di pentas. Ain pula memaut tangan Amirul dan mereka sama-sama berjalan ke tengah pentas.
Apa yang menggeletek hati warganet adalah reaksi Amirul yang melambai-lambaikan tangannya dari awal sehingga ke akhir kepada tetamu yang turut hadir ke majlis itu. Dengan bibir yang tersenyum lebar itu, Amirul memang menarik perhatian semua untuk melihatnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@bulanbintangsetapak Barisan ambassador baru 2025 😍 comel je mirul catwalk 😂 #bulanbintang #bulanbintanghq #bulanbintangkl #bajumelayufavourite #bulanbintangsisters #sedekadmenyinar #terrrrpalingraya
♬ original sound – BULAN BINTANG SETAPAK – BULAN BINTANG SETAPAK
@bulanbintang.fav0 Mirul okay tak tu 😭😭 #bulanbintang #bajuraya2025 #bulanbintangkids #telukbelangabulanbintang #bajumelayuslimfit #kurtabulanbintang #tiktokindo
Lebih 200 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Minit terpanjang dalam hidup Amirul haha. Kenapa dia nampak macam mintak pertolongan.. skrip bini dia bagi suruh lambai je.. ketua kami mantap.. “
” Mirul tak mengharapkan payment tapi mengharapkan bila nak abis haha.. lawak weh tengok Mirul ni.. “
” Siksaan untuk seseorang introvert.. macam mana la die ngorat kau dulu ainnnnnn.. Dah mcm bdk2 4-5tahun yg mak da pesan.. ‘ko nnt tgk org lambai.. tak lambai siap ko blk umah nnt haha.. “
” Mem dekat sebelah suruh lambai tu. lambai mirul lambai jangan berenti.. siot la mirul nampak nau muke dipaksa tu.. “
” Dia dah bagi signal tangan SOS tu takde perasan ke.. Tangan dia non stop melambai je.. Tgk lagi sekali kelakar betul la, dia senyum nampak gigi sampai la habis.. “
” Dari start sampai lah habis Mirul lambai non stop haha.. waktu bila si mirul ni betul² serius weh. memang penghibur betul haahha.. senyum terseksa je tu.. “
” Haha Stage tu pendek je, tapi mesti dia rase tu jalan paling panjang yg pernah dia jalan.. lawak laa dorang ni.. aku xleh blah laki bini ni… adei keras perut wei.. “
Seronok warganet melihat aksi Mirul yang tidak berhenti melambai sepanjang di atas pentas. Pasangan paling menghiburkan yang mencuit hati semua. Bak komen netizen, video paling lama yang Mirul pernah senyum. Bagus Mirul, ikutkan sahaja permintaan Ain untuk sama-sama catwalk di pentas Bulan Bintang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok bulanbintang.fav0, Tiktok bulanbintangsetapak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen