Artis / Selebriti
” Aku siap terjerit tengok Angah buat macam tu. Unpredictable betul, haha.. ” – Netizen

Video Team Pagi Di Sinar Bersama Sekumpulan Jejaka Memakai Baju Retro Tema Era 80-an Membuat Catwalk Buat Ramai Terhibur. Amb0i Stylo Betul Cara Jalan Masing-Masing. Part Angah Tu Memang Luar Jangkaan Betul. Tak Sangka Angah Boleh Buat Macam Tu !!
Team Pagi Di Sinar yang terdiri daripada Jep Sepahtu, Rahim Sepahtu, Siti Elizad Dan Angah Raja Lawak memang selalu mencipta kelainan. Sebelum ini mereka pernah hadir ke konti dengan memakai pakaian ala-ala super hero dan ianya membuatkan warganet terhibur melihat effort masing-masing.
Kali ini, satu lagi tema digayakan oleh Team Pagi Di Sinar iaitu tema 80-an. Seluar bootcut berkaki besar, baju kemeja motif kotak-kotak, itu antara pakaian retro yang dipakai oleh mereka. Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep, Rahim, Angah dan Elizad membuat catwalk 80-an.
Lucu dan membuatkan warganet terhibur melihat telatah semua yang ada di konti hari ini. Sambil berjalan, masing-masing gelak dan ketawa. Memang terasa lah vibe retro 80-an tu. walaupun hanya catwalk santai-santai sahaja yang dibuat oleh Jep, Elizad dan Rahim.
Tiba part Angah, ramai yang tidak menyangka yang Angah akan membuat seperti itu. Hebat betul Angah boleh kangkang kaki penuh sampai mencecah lantai. Risau juga kalau terk0yak seluar, boleh jadi kes nay4 dan a1b ni Angah, haha.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tgk seluar panjang yg lelaki pakai… teringat kpd arw4h abah saya… fesyen tahun 70 an memang terkenal ngan fesyen seluar kaki kembang.. ”
” Yang jalan dengan Jep tu, boleh pinjam jeans bang hehe.. Jep kalau bagi watak anak org kaya nmpk mcm sesuai dgn dress up camtu.. ”
” Alamak yang last tu unpredictabllllleee betul haha.. Nasib lah seluar Angah tak koyak. kalau tak m4lu weh haha.. ”
” Bukan setakat gaya bju, gaya jalan dan cakap pun berubah hehe.. Jep rambut pun dah macam AR Badul.. tak yah makeover.. ”
” Aku siap terjer1t tengok Angah buat kaki macam tu.. Angah pun bersilat eaa.. lain macam style masing-masing.. ”
” Vibe zaman ni memang awesome lah.. Angah paling semp0i.. Lain macam betul Angah weh. aku r1sau je tak0t terseliuh kaki tu.. ”
” Weh Angah, ringan betul jeles jeles. Nasib baik seluar tak rabak, tak tahan tergelak tengok. Semua ragged, Pergh kenangan mengusik jiwa ni.. ”
Boleh mengimbau kenangan apabila dressing masing-masing, zaman mak ayah kita dulu-dulu. Seronok semua dapat bergaya sakan kali ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan perkongsian ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Viral2 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen