Artis / Selebriti
” Aku pun terikut-ikut sengih, sweet tau sweet.. ” – Netizen
Video Adira Suhaimi Muncul Dalam Live Dato’ Red Buat Peminat Teruja. Wah Ami Masuk Live Dato’ Red Lah. Tersenyum Lebar Dato’ Red, Siap Bagi Mini Love Pada Adira. Sweet Lah !!
Antara yang hangat diperkatakan oleh warganet pada minggu ini adalah berkaitan dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Dato’ Red. Kesungguhan Dato’ Red mencari pekerjaan untuk menanggung perbelanjaan anak-anak menjelang Aidilfitri ini mendapat perhatian warganet.
Jika semalam, Adira yang tersipu-sipu kerana Dato’ Red memberikan banyak gift ketika Adira sedang live, hari ini lain pula jadinya. Menerusi akaun Instagram Rotikaya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan situasi ketika Dato’ Red sedang membuat live.

Klik gambar untuk info..
Pada awal video, kelihatan Dato’ Red tersenyum lebar sambil memandang ke arah kamera. Rupa-rupanya Dato’ Red ada bersama Adira ketika itu dan Adira muncul di belakang Dato’ Red. Wah ini memang kejutan untuk warganet yang mengikuti perkembangan mereka.

Patut lah tersenyum manis, ada kesayangan bersama rupanya. Melihat keadaan begini, ramai di kalangan warganet yang meluahkan rasa gembira mereka dan berharap agar ada jalan damai antara Dato’ Red dan Adira. Wah selepas ini boleh lah Dato’ Red live bersama Adira kan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga Adira, Datin Red dan Dato Red bersatu kembali. Kuasa tiga hehe. Alhamdulillah semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian.. ”
” Pandai buat action happy yer.. Dato Red ni nakal hehe. Buat lawak pulak, kita yang tengok pun ikut sengih.. ”
” Comel je tangan tu buat mini love.. Alhamdulillah seronoknya tengok family mcm nie.. smoga baik² saja dato red n family amin.. ”
” Kira jadi lah ni dato’ Red Adira ye. Aku pun sengih jugak ni camna tu hehe.. Sirih pulang ke ganggang telefon yahoo.. ”
” Aku pun sengih happy tengok dorang berdua ni.. Sweet tau sweet.. Alhamdulillahg semoga jodoh berkekalan amin.. ”
” Aku pun terikut-ikut qenyeh pasaipa ni haha. Adira masih hormatkan suaminya, bagus adira ni.. ”
” Selamat rujuk Dato’ Red.. ramai yang mendoakan ni.. Harap bersatulah kembali ye. comel la hampa dua ni.. ”
” Walaupun dugaan besar melanda diri tp dato red tetap tenang. ni kalau jadi berbaik semula ni, mau no 5 otw hehe.. tapi nak lah korang baik semula.. ”
Amboi Dato’ Red, live kali ini membuatkan warganet pun tersipu-sipu sama. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga Dato’ Red dan Adira. Semoga murah rezeki selalu dan diberkati Allah, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya, Tiktok Rotikaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen


