Artis / Selebriti
” Aku mat1-mat1 ingat Mamu tak layan lagu-lagu macam ni, haha.. ” – Netizen
Video Rakaman Sharnaaz Ahmad Sedang Menyanyi Raih Perhatian Peminat. Uih Tak Sangka Mamu Peminat Lagu Ni. Jauh Betul Beza Dengan Karektor Tu, Tangkap Leleh Habis. Hehe !!
Meninjau akaun Instagram Daebakingz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aktor dan duda h0t masa kini, Sharnaaz Ahmad sedang berkaraoke bersama kawan-kawannya. Tertera di video ini ianya rakaman daripada seseorang yang bernama Badrol.
Sudah lama video ini disimpan dan memang hendak dimuatnaik ketika ulangtahun kelahiran Sharnaaz. Kedengaran Sharnaaz menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Spoon berjudul Memori Sekuntum Rindu.
Fuh Mamu, muka nampak g4ngster tetapi rupa-rupanya jiwang karat juga orangnya. Penuh perasaan Sharnaaz menyanyi dan suaranya juga boleh tahan sedapnya. Patutlah Jebat Jayden suka menyanyi, ikut perang4i Sharnaaz.

Turut sama kelihatan wajah kawan Sharnaaz yang ketawa melihat gaya Sharnaaz menyanyi dan menjiwai lagu tersebut. Biasalah tu, muka sahaja nampak gan4s tetapi tuannya penyayang. Dalam hati ada taman gitu haha.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telahpun ditonton oleh lebih 3000 tontonan setakat ini. Antara komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak, dia pun layan lagu aku ni haha. Aku mat1-mat1 ingat Mamu tak layan lagu-lagu macam ni haha.. “
Penuh gayalah Sharnaaz menyanyi tu, sampai berkerut-kerut dahi menghayati lagu. Bolehlah Sharnaaz mencuba nasib menjadi penyanyi, tentu Jebat jadi peminat nombor 1 Baba dia, hehe. Apa-apa pun, nyanyian yang begitu menghiburkan.

Di kesempatan ini juga kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Sharnaaz. Semoga bertambahnya usia, Sharnaaz dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daebakingz, IG Sharnaaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

