Artis / Selebriti
” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
Video Azar Azmi mendedahkan duit yang dimilikinya selepas dibebaskan dari tahanan reman buat ramai tersentuh. Sedihnya dengar kisah hidup Azar, tak sangka sampai macam tu sekali. Bila ayah mertua sudah tiada, terus berubah semuanya..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Heyluvmichelle, telah dikongsikan video yang memaparkan Azar Azmi sebagai artis jemputan dalam podcast Nona. Selepas muncul di rancangan Melodi, ini kali kedua Azar berkongsi lebih banyak rahsia hidupnya.
Umum mengetahui kes pecah amanah yang dikaitkan dengan Azar. Namun Azar dilepaskan selepas melalui semua soal siasat dan prosedur yang berkenaan. Menerusi podcast ini, Azar mendedahkan dia hanya mempunyai wang sebanyak RM 28 sahaja selepas dibebaskan.
Betapa susahnya kehidupan Azar dan dia langsung tiada duit simpanan sendiri. Sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi, Azar memberitahu baju yang dipakainya pada hari itu adalah baju arwah ibunya. Kasut pula kepunyaan kakaknya yang bermurah hati meminjamkannya kepada Azar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Azar mengakui, dirinya beruntung kerana ada kakak dan adik yang sanggup membantu di waktu dia dalam kesusahan. Untuk info, Azar merupakan anak yatim piatu dan kedua ibu bapanya mening gal dunia kerana penyakit kanser.
Jom tonton video di bawah :
Antara sedutan video lain dalam podcast ini :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betullah kata prof muhaya.wanita yang paling malang adalah wanita yg salah memilih suami. kalau dapat tawaran, berlakon lah semula.. anda seorang pelakon yang hebat.. “
” Wanita akan hidup Melara bila tersalah pilih suami. Nampak keperitan dia.tengok tangan dia..mmg dia tinggalkam jauh dunia glamer.jadi full hw.kerja berat2 dia buat tu.. “
” Dia salah sorang pelakon yang hebat. Pls mana2 producer bg dia job blk. Rindu nk tgk dia berlakon.. “
” Please come back to the industry..We demand you to act again..Such a talented actress. Kalau dia betul guna duit scam tu mst dia tak sekusam ini.moga yg baik² je utk azar.. “
” Untung ada Adikberadik nak membantu, selalunya Adik2 yg ‘payah’ sebenarnya nak membantu,Terus kuat Azar.. “
” Lahir dari keluarga yg baik2 sebab itu dia cuba bertahan. Sedihnya. Alhamdulillah ada kakak dan adik2 yg memahami dptlah sedikit utk tempat bersandar.. “
” Air mata tiba rasa kuar dengar dia cakap macam tu. ujian dia lg berat dr ujian aku .. semoga Allah permudkn urusan kmu azar.. aku beruntung ada kakak dgn adik²…. deep sgt ayat terakhir ni.. “
Dugaan hidup Azar yang penuh berliku dan hanya Azar yang tahu peritnya bertahan demi kelangsungan hidup. Semoga segala ujian ini akan berakhir dan Azar dapat membina kembali hidup baru. Terus kuat dan melangkah ke hadapan Azar tanpa menoleh lagi ke belakang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Heyluvmichelle, Tiktok Heyluvmichelle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

