Artis / Selebriti
” Akhirnya mommy dapat tunaikan janji pada anak-anak stadium tour. Mommy is sebak.. ” – Rita Rudaini
Rita Rudaini kongsi video gelagat anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ketika melawat Stadium Emirates di London buat warganet tersentuh. Akhirnya Rita berjaya tunaikan janji untuk anak-anak. Touching lah..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak-anak Rita, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menikmati suasana di Stadium Emirates, London. Kata Rita, dia berjaya mengotakan janjinya terhadap anak-anak dan stadium tour ini sememangnya impian Rayyan dan Arjuna.
Tambah Rita lagi di ruangan kapsyen, dia memberitahu kedua-dua anak terunanya itu agar menjadi anak yang baik dan kebaikan mereka itu pasti akan dibalas oleh Allah dengan dipermudahkan segala keinginan mereka. Melihat gelagat anak-anak yang teruja membuatkan Rita sebak.
Rayyan dan Arjuna sememangnya meminati sukan bola sepak dan mewakili sekolah masing-masing dalam sukan ini. Tidak semua orang boleh menikmati percutian seperti ini dan ianya rezeki untuk Rayyan dan Arjuna. Warganet juga merasa bangga kerana segalanya hasil usaha Rita sendiri.

Segala pengorbanan Rita membesarkan Rayyan dan Arjuna sendirian berbaloi. Seronok warganet melihat Rayyan dan Arjuna berangan seakan-akan mereka pemain bola sepak dan bersalaman bersama peminat. Tidak mustahil impian anak-anak Rita ini akan tercapai sekiranya mereka berusaha dengan gigih.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Belajar bagus2 dik. jadi seorang pemain bola yg handal. biar one day nanti nama adik berkumandang sebagai pemain bola sepak terkenal dunia sama seperti ronaldo & messi.. “
” One day aunty doakan acting salam² dgn peminat td jd kenyataan. Dia punya berangan layan fan dan pimpin tangan kids player escorts tu sangat cute. Semoga angan2 jadi cita2, dan kalian berjaya melaluinya. Amin.. “
” Respect kat sis semua usaha sendiri … Semoga sis terus kuat utk bahagia kn amanah Allah ni. Rita wanita hebat.. moga anak2 rita cemerlang dunia dan akhirat.. Happy New Year rita.. “
” Sambil tu masing2 berangan eh. InsyaAllah jadi kenyataan tu. Semoga impian menjadi kenyataan . No wonder syurga di telapak kaki ibu kerana srorang ibu sanggup berbuat apa saja demi anak anak.. “
” Saya pun sebak Rita! So proud of you. Strong mommy. I know exactly how it feels when we make our children’s dreams come true—every sacrifice is worth it.. “
” Kita nyer pun sebak jugak mummy ritrud727 sbb kami juga saksi perjalanan anak2 ini dr keciil smpai lah sekarg walau melalui media sosial. ur are inspired us.. fly high anak2 kami.. “
” Wahhh…. kita sebak terharu.. semoga suatu hari nanti tercapai lah impian yg terpendam n salam peminat akan jadi kenyataan.. “
Terharu warganet melihat keseronokan Rayyan dan Qaqa apabila impian mereka tercapai. Hasil usaha Rita yang tidak pernah kenal erti lelah untuk memenuhi keinginan anak-anak sesuatu yang membanggakan. Semoga suatu hari nanti, Rayyan dan Qaqa akan menjadi insan yang cemerlang dan mencapai cita-cita mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen

