Artis / Selebriti
” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
Video ucapan Jep Sepahtu sempena hari terakhirnya di konti Sinar FM buat ramai tersentuh. Ucapan penghargaan yang cukup bermakna, lebih-lebih lagi part Jep sebut nama Shuib. Terharu dengar..
Selain terkenal sebagai pelawak, Jep Sepahtu turut dikenali ramai sebagai penyampai radio Sinar FM. 10 tahun Jep ke udara di Sinar FM dan hari ini menjadi hari yang paling menyedihkan untuk pendengar Sinar apabila Jep mengakhiri tugasannya sebagai penyampai radio.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan terakhir Jep untuk semua pendengar Sinar. Kata Jep, 10 tahun satu masa yang lama dan banyak kenangan yang diciptanya bersama pendengar dan rakan sekerja.
Sepanjang 10 tahun berkhidmat, Jep sudah pun bergandingan dengan ramai rakan sekerja antaranya Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Angah Raja Lawak dan Ray. Semuanya rakan yang banyak membantu Jep sepanjang kariernya ini dan Jep menghargai mereka semua.

Hati warganet tersentuh mendengar ucapan Jep itu, apatah lagi ketika Jep menyebut nama sahabat baiknya, Shuib. Warganet sudah lama tidak mendengar nama Shuib di bibir Jep. Ramai juga yang meluahkan rasa sedih mereka kerana tidak dapat mendengar celoteh Jep lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Akhirnya, jep mention shuib.. tiber rasa bergetar bile dia sebut nama shuibsepahtu.. sungguh aku rindu.. kalu rindu aku search SRL season 2020 ke 2017.. “
” Semoga terus berjaya dan maju sedih lepasni tak dapat dengar suara abg Jep lagi.. kami akan rindukan jep selalu.. “
” Moga jep terus berjaya dlm apa jua bidang yg jep buat,diluaskn rezekinya dan dpermudahkn segala urusan nya.. “
” Aku malam tadi dah pillow talk dengan hubby, “Oppaa.. jep dah takder.. sok baby g kejer nak dengar radio apa..?” Hubby aku “Tunggulah dia masuk radio lain kot” Aku “Alaaaa..tapi parner dia abang yiem jer, nak tgk dia kenakan abg uiem n ray..”
” Tak best lepas ni dengar Sinar. Saya dengar sinar sebab Jep je. Seronok dengor celoteh jep. All the best jep.. “
” Suasana tempat kerja mungkin berubah, tapi ingatan kami dan sokongan tetap sama sampai bila². Selamat Maju Jaya, Semoga terus cemerlang dalam apa jua kerjaya yg diceburi dan mencapai segala matlamat yg diimpikan. All the best.. “
” Semoga terus berjaya dan maju sedih lepasni tak dapat dengar suara abg Jep lagi.. Terus sukses dalam apa jua yg diceburi selepas ni.. “
Tiada lagu suara Jep ke udara di Sinar, namun semua kenangan pendengar bersama Jep akan selalu tersemat di hati. Semoga hubungan persahabatan Jep dan Shuib juga boleh kembali akrab seperti dahulu. Sesungguhnya Allah yang memegang hati hambaNya. Selamat maju jaya Jep dalam apa jua lapangan yang Jep ceburi selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

