Artis / Selebriti
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
Video show pertama anak-anak Ina Naim, Hadie dan Sallman menyanyikan lagu Kias Cinta di majlis pelancaran AS x Sally curi perhatian ramai. Alhamdulillah murah rezeki Hadie dan Sallman. Suara yang menusuk ke hati, merdu sangat..
Tidak menjadi juara di rancangan realiti Talk To My Manager (TTMM) tetapi ramai yakin yang Hadie Elfardie akan menyinar selepas tamatnya program TTMM. Ianya benar terbukti apabila Hadie disambar oleh beberapa pihak untuk membuat persembahan di beberapa majlis khas.
Bakat Hadie diakui dan ianya satu permulaan yang baik untuk karier Hadie. Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan sulung Hadie bersama adiknya, Sallman Elkhoyri di majlis pelancaran AS x Sally yang berlangsung di Petaling Jaya sebentar tadi.
Mereka berdua mendendangkan lagu popular arwah Suhaimi Saad berjudul Kias Cinta. Lagu yang mendamaikan pendengar, apatah lagi dengan paduan suara Hadie dan Sallman yang lunak itu. Kedua-duanya pandai untuk mengharmonikan duet mereka.

Versi Hadie dan Sallman ini mengingatkan warganet kepada arwah Suhaimi kerana suara mereka saling tak tumpah seperti Suhaimi. Suara yang mengubati kerinduan warganet terhadap SS. Warganet juga mendoakan agar Hadie dan Sallman akan menyinar dalam industri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Selepas kluar TTMM Hadey yg pertama buat show bebanding dgn peserta TTMM yg lain.. Tahniah Hadey semoga trus brjaya.. Teruskan perjuangan Arwah SS anak soleh, anak beriman.
Terus sebak, airmata keluar.. “
” Alhamdulillah rezeki tak salah alamat.. Sy bole nmpk potensi Hadie esp dlm lagu2 nasyid.. suara nya ada feel dan rasa sayu.. Sy doa Hadie n adiknya berjaya selalu n bahagiakan ibu.. Ina Naim.. amiin.. “
” Sedapnya suara diorg berdua.. jujur, tulus & mulus jer, Semoga anak2 ini berjaya dunia & akhirat, anak2 macam ni yang dunia perlukan sekarang dalam dunia yang sangat kejam & keras.. “
” Teruskan legacy arwah ayah dlm nasyid.. suara Hadie dan Sallman ni memang saling tak tumpah macam suara SS, sebak pulak hati ni. tahniah Adie & Salman.. Alhamdulillah rezeki hadie dan sallman.. “
” Bersopan.. last cakap salam.. tak pernah tinggl masa TTMM pun selalu ckp salam..Semoga Hardie Salman ina & Fmly sentiasa berbahagia dan di sayangi Allah selalu.. “
” Suka tengok dua2nya hadie dan sallman , suara pun sedap dan mendayu-dayu.. menusuk ke hati paling dalam dengar suara dorang berdua ni.. “
” Alhamdulillah.. ada komn aritu klh tkpe tetp Hadie tetp juara di hati pmnt² dan rzkj Allah itu maha luas.. moga Hadie & Salman trus suksess.. insshaAllah.. “
” Akhirnya dengar kias cinta versi hadie dan Sallman.. sedapnya suara dua beradik ni. macam dengar ss nyanyi.. lunak merdu sungguh.. semoga rezeki melimpah ruah selalu untuk Hadie dan Sallman.. “
Menyentuh hati suara Hadie dan Sallman ini, nyanyian yang ikhlas dan rasa itu sampai ke hati pendengar. Permulaan yang baik untuk anak-anak Ina ini dan semoga rezeki Hadie dan Sallman melimpah ruah selepas ini. Teruskan menjadi anak soleh dan teruskan perjuangan arwah ayah yang belum selesai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

