Artis / Selebriti
” Akak tu tanya Dato’ dari mana, dia jawab siap dengan pakej menyanyi lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri menyakat penjual kuih buat ramai terhibur. Sporting betul lah Dato’ Aliff ni. Tersenyum penjual tu dengar Dato’ Aliff menyanyi jawab soalan dia, haha..
Bagi yang mengikuti usahawan jutawan terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri pasti terhibur dengan telatahnya yang mencuit hati. Boleh dikatakan setiap perkongsian mengenai Dato’ Aliff sekeluarga akan meriah perhatian ramai dan adakalanya tak kering gusi ketawa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dato’ Aliff, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim berhenti membeli kuih-muih yang dijual oleh peniaga-peniaga kecil di tepi jalan. Menerusi video itu, sempat Dato’ Aliff menyakat mahu ‘pau’ duit ibunya untuk membeli kuih-muih.
Namun, apa yang paling mencuit hati adalah ketika seorang peniaga wanita bertanya kepada Dato’ Aliff datang dari mana, dengan spontan Dato’ Aliff menjawabnya dengan menyanyi lagu Joget Pahang. Mendengar jawapan yang diberikan oleh Dato’ Aliff itu, peniaga itu tersenyum.

Selain itu, kelihatan Dato’ Aliff dan Bonda juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan beberapa orang yang datang ke gerai tersebut. Sehingga kini, perkongsian video itu telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video pada ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Akak tu tanya datuk dari mana.. Dia jawab siap dgn pakej menyanyi, hahaahah dari Melaka… Kelakar lah Dato ni, hehe.. “
” Dato’ yang dah kaya pun still pau bonda.. Biasa la anak pau mak.. Cute je tengok perangai anak beranak ni, meriah betul.. “
” Ye, sy pun first time jumpa awak… Hahahahahaha Dato ni lucu betul lah. Dengan kering je muka dia menjawab.. “
” Pernah jumpa dato & datin dulu masa event kat ipoh, skin dia mak aii lawa btol kalah kita yang pompuan ni, hehe.. “
” Bagus lh sikap yg bersahaja tu lh yg org semua menyenangi Dato, singgah kat warong beli blh jugak . Jumpa sekli sekala nak santai mcan ni, bkn senang.. “
” Sporting habis lah Dato.. Lawak laa Dato nie..Saya tergelak sorang2 kat uma nie..Dato ngan Bonda mmg humble owgnye.. “
” Spontan lagu tu kena dgn soalan.. Lirik hak milik sepenuhnya separuh yg blakang tu dato sendiri lah yer, hahahahahhaa.. “
Sporting sungguh lah Dato’ Aliff ni, peramah dan pandai melayan semua orang sampaikan ibunya, Bonda pun tak berhenti ketawa melihat perangai anaknya. Selain itu, video Dato’ Aliff ini juga mendapat pujian ramai kerana Dato’ Aliff dan Bonda membantu membeli makananan yang dijual peniaga-peniaga kecil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

