Artis / Selebriti
” Aiyo apa aiyoo, haha.. ” – Putera Muhammad
Video Amir Sisi Cuba Menjadi Pengacara Buat Warganet Terhibur. Alahai Amir, Sampai Tersasul, Suara Pun Tak Nak Keluar. Pemalu Sangat Lah Amir Tapi Comel Sangat, Hehe !!
Sekali pun rancangan realiti The Chosen One sudah lama berlalu, namun populariti juaranya, Amir Sisi masih lagi menjadi sebutan warganet. Amir kembali menjalani kehidupannya di pedalaman dan semakin banyak jemputan ke majlis-majlis selepas kemenangannya tempoh hari.
Terbaru, Amir bakal muncul di kaca televisyen menerusi rancangan Rioh Rimba Astro Ceria bersama abang kesayangannya, Putera Muhammad dan Hawa Rizwana. Sebelum ini ada ditunjukkan video reaksi Amir ketika shooting bersama Putera, Hawa dan Atu Zero.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir yang mencuba untuk menjadi pengacara. Cikgu kepada Amir setia melayani kerenah anak didiknya ini dan memberi semangat kepada Amir untuk belajar perkara baru.

Amir masih lagi ada perangai pemalunya dan menerusi video ini dapat dilihat Amir sambil tersenyum-senyum membuat ayat mukadimah. Punya lah gementar sampai tersasul-sasul dan terus tidak keluar suara. Alahai Amir, comel sangat reaksi muka tu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@termoj.production6 Nantikan Rioh Rimba di Astro Ceria @Putera Muhammad @amirunukofficial @IkhmalNour @Hawa Rizwana Redzuan @akueatu92 bergabung meletop#fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah power Amir.. ” – Hawa Rizwana
” Aiyo apa aiyoo haha.. ” – Putera Muhammad
” Biar dia tahu susah nak jadi pengacara haha. Belajar Amir jangan tak belajar hehe.. lama-lama tentu boleh tu.. ”
” Dah makin dewasa.. mesti kena belajar semua perkara… Insya Allah… suara tu mahal adik amir.. ”
” Wah belajar mengacara pulak ye hehe.. Cuba lagi Unuk sehingga berjaya.. Berusaha la adik amir sampai berjaya.. ”
” Fokus Unuk Fokus.. Adik AMir ni kelakar lah haha.. aih uhs ahs uh Unuk oii … baca doa dulu.. ”
” Hebat unuk.. xpe practice make perfect. focus unuk kgn malu2. yakin bolh. Inn shaa Allah nt bolh jd pengacara plk.. ”
” Sampai tersasul-sasul dia haha.. teruskan Amir, usaha itu tangga kejayaan.. Tak pa amir pelan-pelan, Amir berani mencuba menjadi pengacara.. ”
” Sentiasa belajar yang baru ya Unuk… semoga terus menempa kejayaan. dalam malu ada beraninya.. comel sangat unuk ni.. ”
Pertama kali memang akan gugup dan tersasul-sasul hendak menyusun ayat, itu normal. Tak apa la Amir, berlatih bercakap dan terus berusaha, tentu Amir boleh jadi hebat seperti menyanyi. Usaha tangga kejayaan, moga terus bersinar Amir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



