Artis / Selebriti
” Air mata aku macam air terjun dah ni. Nangis weh tengok mak dia nangis.. ” – Komen Netizen
Video Zubir Khan Buat Kejutan Untuk Ibunya Buat Warganet Tersentuh. Part Ibu Zubir Menangis Masa Zubir Tunjuk Hadiah Tu Sebak Sangat, Touching Sungguh !!
Zubir Khan nama yang semakin dikenali ramai. Keistimewaan anak muda ini yang mampu bercakap dalam bahasa Tamil membuatkan namanya cepat naik. Lagu single Yennode Macha menjadi siulan ramai tidak mengira bangsa dan segenap lapisan umur.
Di sebalik kejayaan Zubir hari ini, pelbagai dugaan telah pun ditempuh oleh Zubir. Untuk makluman, Zubir mengalami kemalangan di kilang roti ayahnya dan itu mengakibatkan Zubir kehilangan tangan kanan. Kekurangan itu menyebabkan Zubir kerap kali ditolak untuk terima bekerja.
Meninjau entry terbaru Zubir, telah dikongsikan video yang memaparkan Zubir berjaya membeli kereta idamannya. Zubir membawa pulang kereta ke rumah dan memberikan kejutan untuk ibunya. Tidak hanya kereta sebagai kejutan, Zubir turut membeli hadiah istimewa untuk ibunya itu.

Seutas gelang tangan disarungkan sendiri oleh Zubir ke tangan ibunya. Menangis ibu Zubir dengan hadiah yang diberikan oleh Zubir itu. Moment antara anak dan ibu ini menyentuh hati warganet. Perasaan bangga juga turut dirasai oleh warganet dengan sikap baik Zubir menyantuni ibu.
Jom tonton video di bawah :
@zubirkhan_ Alhamdulillah i did it maa 🤍 #fy #fyp #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #zubirkhan #malaysia
Perkongsian oleh Zubir ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku yg tgk ni pon boleh ikut nanges sama. Alhamdulillah rezeki zubir khan terus di gandakan.. ”
” Tahniah Zubir.. muliakan orang tua mu. Alhamdulillah Zubir utamakan ibu ayah dulu. semoga Zubir Khan dan ibu sentiasa di bawah lindungan Allah.. Aamiinn.. ”
” Awat air mata aku macam air terjun dah ni . Tengok mak Zubir nangis tu aku tak boleh tahan perasaan doo.. Doakan aku jgk mmpu Bahagiakn Mak aku yeee.. ”
” Air mata seorang ibu, kita yang tengok pun berderai sama. syukur alhamdulillah.. membahagiakan ibu besar pahalanya.. ”
” Doa ibu terbaik untuk anak.. Alhamdulillah ibu Zubir tentu bangga dengan kejayaan Zubir hari ni. Allah beri Zubir rezeki yang tidak dijangka.. ”
” Meremang tengok video seorang anak struggle dr kecil tanpa sebelah tangan. Kena reject masa cari rezeki atas kekurangan tapi dia tetp berusaha. Alhamdulillah rezeki x salah alamat.. ”
” Hadiah besar Allah bgi dekat ko dik lepas kau lalui hari yg sukar dan atas usaha ko jugak. air mata gembira seorang ibu tu, nangis weh tengok mak dia nangis.. ”
Ibu mana yang tidak terharu dengan kejayaan anak, apatah lagi anak ini pernah diherdik atas kekurangan diri. Tahniah Zubir kerana menjadi anak yang baik dan mengutamakan kebahagiaan kedua ibu bapa. Semoga Zubir terus berjaya dan bersinar dalam industri serta dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zubir Khan, Tiktok Zubir Khan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen

