Artis / Selebriti
” Afwa tu memang terpaling penat puasa betul, haha.. ” – Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Beberapa Gambar Bersama Geng Tadarus. Namun Gelagat Anaknya, Muhammad Afwa Buat Ramai Terhibur. Alahai Gambar Yang Kedua Tu Comel Afwa. Ni Memang Betul-Betul Gaya Terpaling Penat Puasa, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi beberapa gambar terbaru. Dato’ Siti memaklumkan yang beliau bergambar bersama ‘geng tadarus’ yang sudah bersama selama 5 tahun.
Dato’ Siti berharap amalan yang dilakukan bersama geng tadarus dalam bulan Ramadhan ini akan dirahmati oleh Allah. Namun apa yang menjadi perhatian warganet dalam gambar tersebut adalah gelagat anak lelaki Dato’ Siti iaitu Muhammad Afwa.
Kelihatan dalam gambar kedua yang dikongsikan Dato’ Siti, Afwa sedang tidur meniarap di atas lantai ketika gambar sedang diambil. Bukan Afwa sahaja, turut ada bersama adalah Siti Aafiyah, anak sulung Dato’ Siti.

Seloroh Dato’ Seri Siti, gaya Afwa itu sebenarnya adalah terpaling penat puasa. Perkongsian ini telah menerima ratusan komen dan puluhan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Afwa, memang comel betul gaya penatnya itu.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar oleh Dato’ Seri Siti dan terhibur melihat gaya Afwa di dalam gambar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Afwa tu memang terpaling penat puasa betul, haha.. Ger4m je tengok gayanya tu, ishhh budak pipi bulat ni.. “
” Tak sekarang ni yang dua ketul tu kenapa comel sangat hahahahaha.. Afwa paling ger4m tengok. Penat betul gayanya tu.. “
” Penatnya Afwa puasa hehe, terbaring dh tu.. Comel Tokti pakai baju tu, nampak slim.. Alhamdulillah semoga mendapat pahala.. “
” Tambah geng baru yg 2 org comel tu dok terbaring kat lantai, hahahaa. Betul kata Dato’ Siti, memang Afwa penat puasa.. “
” Sekali pipi montok tu terbaring, nampak penat betul ni.. Ye ke penat puasa, ke penat main ni Afwa, hehehe.. “
” Gambar kedua tu, Afwa letih puasa ke Kak Iti? Hahaha comel sangat lah Afwa ni.. Dah besar macam2 ragam.. “
” Hahahaha Afwa.. Penat betol ek puasa smpai tertonggeng.. Comel2 anak Siti, daripada kecil memang suka ikut perkembangan dorang.. “
Comel sungguh Afwa, makin besar ada sahaja telatah Afwa yang mencuit hati. Walaupun Dato’ Siti sibuk bekerja tetapi masih ada sempat mencur1 masa untuk bertadarus. Semoga segala amalan yang dilakukan oleh Dato’ Siti dan teman yang lain akan mendapat pahala daripada Allah, insyallah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

