Connect with us

Artis / Selebriti

” Aduhai ulat beluncas 3 ketul ni. Pak Azad dah macam sotong dalam laut, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah bersama Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad membuat parodi lagu Adek Saye Abe Sore buat warganet terhibur. Amboi bukan main lagi abang-abang Bella ni. Pak Azad tu paling hyper, geram betul tengok.. 

Gandingan Bella Astillah bersama Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad di slot 3 Pagi Era ternyata percaturan yang terbaik. Ramai pendengar yang menyukai slot pagi ini kerana celoteh 4 orang penyampai Era FM ini. Bella juga mudah serasi dan sekepala dengan Nabil, Radin dan Pak Azad.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka berempat membuat parodi lagu popular masa kini dendangan Eda Ezrin dan Den Manjo berjudul Adek Saye Abe Sore. Lagu dalam loghat Kelantan ini antara lagu siulan ramai pendengar masa kini.

Melihat telatah Nabil, Radin dan Pak Azad menggeletek hati warganet. Ketiga-tiganya memang masuk air dan sering membuat aksi yang kelakar. Memetik komen warganet, bukan main menggeletis lagi 3 abang kesayangan Bella ini menari mengikut rentak lagu itu.

Antara mereka semua, aksi Pak Azad paling mencuit hati warganet. Pak Azad dengan gerak tarinya yang melentok sudah cukup membuatkan warganet berdekah ketawa. Tak pernah tak lucu Pak Azad ini, ada sahaja perangai kelakarnya itu yang menceriakan suasana.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahahaha yb syed saddiq ada 3.. Ngeletis betul 3 ketol ni. Geram betul tengok ulat beluncas 3 ekoq belakang tu, haha.. “

” Adoiiiii lawak ler akak smpai duk ulang-ulang tengok video nie. pak azad tu paling geram tengok.. terlebih gula ni pak azad haha.. “

” 3 abang yg sgt function tapi x boleh lawan tunang Bella.. Yg copy ada bnyk tapi yg ori tetap satu milik bella.. “

” Aku tak boleh lah dengan Pak Azad ni.. Bella dengan 3 Abdul haha.. Habislah YB boleh gelek.. Radin sejak ada adik bongsu dia rosak.. “

” Hah sudoh, geram aku 3 orang belakang tu.. menggeliat gabis.. Bella dah rosak dengan abang abang dia geng.. “

” Hahahahaha dia mai lagi sobatt.. kalini jadi mek plak dah haish.. Macam sotong dalam laut pak azad haha.. melentok lentuk badan tu.. “

” Weyyyyy tak pastilah siapa yang rosak sekarang ni.. Kenapa syed sadiq ni gemalai betul? Slalunya keras.. Aduhaiiii ulat gendut 3 ketoiiii tu ekk.. “

Semakin kelakar 4 orang penyampai radio kesayangan pendengar Era ini. Ada sahaja idea mereka untuk menceriakan pendengar setia Era. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca ikut terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

The Originote Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak