Artis / Selebriti
” Aduh pendekar Awang pemalu rupanya. Kalau boleh dia nak menyorok bawah kerusi tu.. ” – Komen Netizen
Video Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menyakat Fattah Amin dan Amira Othman buat warganet terhibur. Amira steady je menyanyi secara spontan, Fattah pula pemalu sangat sampai merah muka dan telinga tu, haha..
Semalam telah berlangsungnya majlis Amber dan ianya dihadiri sama oleh duta Amber yang terpilih antaranya Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Nora Danish dan ramai lagi. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan nyanyian daripada Hael dan Dayang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hael dan Dayang itu. Pasangan duet ini menyampaikan lagu berjudul ‘ If i ain’t got you’ dendangan asal, Alicia Keys dengan cukup baik.
Sewaktu Hael dan Dayang menyanyi sambil berjalan ke arah tetamu yang hadir, Fattah dan Amira adalah pasangan yang mereka tuju. Fattah pula menyedari Hael sedang berjalan ke arahnya segera menundukkan wajahnya. Hael sememangnya suka mengusik sahabat baiknya ini.

Dayang menghulurkan microphone kepada Amira dan dengan santainya Amira menyambung nyanyian Dayang itu. Suara Amira memang power dan ada auranya tersendiri. Fattah pula malu-malu untuk menyanyi dan Amira sempat back up rakan sekerjanya ini dengan mengatakan Fattah malu.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz mira siap ckp ” dia malu..dia malu” 🤣🤣🤣 adik lelaki kakak nie mmg pemalu nau nau org nya..tu muka merah ssgt dah tu. dia kalau depan org ramai mmg pemalu ssgt. #amiraothman #fattahamin #amberofficial credit igs : reenazach
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Fattah mcm dlm lecture hall tetiba lecturer petik tanya soalan haha.. Dalam hati “janganlah kena kat aku ” haha.. “
” Suara Klong mcm biasa power.. AbgLong suara sedap tpi malu2 kucing plk.. Ramai Yang Sayang.. “
” Hahahaha kelakor tgk abglong. dia nebes dah tu kena nyanyi.. comel sgt semua… positive vibes… suara kak long power …fattah malu2 erk.. “
” Adoii, bamtah kalau boleh nk tutup muka dah tu, nora lawak kt situ.. sedap lah suara mira nyanyi lagu omputih.. “
” Abang long tu klau bole kepala nk msuk bwh meja je haha.. merah muka bang long. punya lah dia nervous nk kena nyanyi depan orang.. “
” Hael ni mcm lecturer yg suka tebuk2 soalan pd audience. Fattah punya malu sampai merah telinga haha.. pemalunya Fattah.. selalu tengok hyper.. “
” Kk Long nyanyi SAMBIL duduk pun sedap… suara mmg padu mantap… Kk Long mmg BAGUS sgt2… Tlg cover Bakal Husband… “Dia malu….. Dia malu” … Blushing teruk Abe Long… Ssiaannn kat Abe Long.. “
” Aduh pendekar awang pemalu rupanya.. klau blh myorok dia nk myorok bawah kerusi tu.. yg 2 org tu Pon sakan kan ngusikkk.. tunggu lah turn diorg.. “
Seronok sungguh Hael menyakat Fattah, tahu member tu pemalu dan terus dituju kepada Fattah. Hael sememangnya suka bab mengusik Fattah dan Amira. Apa-apa pun, suara Amira memang mantap walaupun menyanyi santai sambil duduk sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Imani Imtiyaz,
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

