Artis / Selebriti
” Adoi salah tangan tu Bang Red. Penat tau gelak tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video Reaksi Abang Adira Ketika Dato’ Red Hulurkan Tangan Kepada Adira Buat Warganet Terhibur. Nak Menggatal Eh Bang Red. Tangan Lain Yang Diharap, Tangan Lain Pula Yang Menyambut. Tergelak Besar Adira Dan Abang. Lawak Lah, Haha !!
Dato’ Red sememangnya akrab dengan semua adik beradik Adira Suhaimi. Malah Emma Suhaimi juga pernah mendedahkan hubungan mereka adik beradik dengan Dato’ Red baik dan sekepala. Banyak kali juga Adira kongsikan telatah adik beradiknya apabila bersama Dato’ Red.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira dan abangnya sedang berkaraoke. Mereka semua berkumpul untuk meraikan hari lahir bibik Adira dan banyak aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Dato’ Red juga ada memeriahkan lagi majlis tersebut.
Adira dan abangnya mempunyai suara yang sedap dan boleh menyanyi lagu bernada tinggi. Mereka memilih lagu dendangan asal Dato’ Awie dan Ziana Zain berjudul Senja Nan Merah. Hebat paduan suara dua beradik ini, masing-masing all out ketika menyanyi walaupun secara santai.

Dato’ Red yang berada di hadapan Adira kelihatan menghulurkan tangannya dengan harapan akan disambut oleh Adira tetapi lain jadinya apabila abang Adira yang menyambut tangan Dato’ Red. Ketawa besar abang Adira dan Adira sampai terhenti nyanyian mereka kerana geli hati dengan kejadian itu.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx Replying to @Vee #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha padan muka tok. Abang Amy yang sambut tangan dia bukan Adira.. gelak sakan semua haha.. ”
” Bagus family adira ni.. sentiasa ada bagi moral support.. Syok la jiran dapat concert free selalu.. ”
” Alamak salah tangan yang menyambut haha.. tgn lain yg menyambut sebagai permulaan.. sabar tokk.. InshaAllah tangan Ami menyusul.. ”
” Adoii salah tangan tu tok haha.. penat tau gelak tengok.. arap orang lain sambut, tak expect si abang yang sambut hehe.. ”
” Awas haha.. keluar tangan lain pulak.. Tangan di hulur wali menyambut.. semoga Allah berkati usaha keluarga untuk menyatukan mereka.. ”
” Adik beradik berbakat ni, comel je abang Adira tu. Sporting betul.. dah tak pasal-pasal masing-masing terhenti nyanyi kes tak boleh tahan ketawa, haha. nasib badan lah bang red.. ”
” Tengok dorang Nyanyi rindu suasana di Sabah hujung minggu kampung di Sabah .. karaoke tu wajib .. sedap suara abang adira.. ”
Terhibur betul warganet melihat perangai masing-masing, ada sahaja yang menyakat Dato’ Red dan Adira. Tak boleh buat-buat romantis lah Dato’ Red, ramai yang memerhati. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan mereka bersama dan semoga pembaca terhibur menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

