Artis / Selebriti
” Adoi, ni tengah cakap Sabah atau cakap Indonesia ? Hantam ja bah kan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin cuba bercakap bahasa Sabah buat ramai terhibur. Berdekah Adira gelak dengar Fattah cakap Sabah. Lain macam betul bunyinya Bamtah. Dah macam bunyi cakap Indonesia, haha..
Pelakon Fattah Amin mula menjadi perhatian ramai selepas dirinya kini bergelar seorang duda. Bukan itu sahaja, rezeki Fattah juga semakin melimpah ruah dan mendapat lamaran banyak daripada pelbagai pihak untuk bekerjasama dengannya sehingga jadualnya penuh sampai bulan Fabruari tahun hadapan.
Terbaru, Fattah ada bergandingan bersama penyanyi Adira Suhaimi untuk mempromosikan satu produk. Meninjau di akaun TikTok milik anistaqwa, telah dikongsikan video sedutan sesi live Fattah dan Adira membuat jualan produk tersebut secara online di Tiktok.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Fattah cuba bercakap bahasa Sabah. Gaya ketika Fattah bercakap membuat ramai terhibur kerana slang Fattah bercakap sudah seperti bahasa Indonesia sehingga Adira yang mendengarnya juga turut berdekah ketawa.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur dengan gelagat Fattah yang berusaha untuk bercakap loghat Sabah walaupun tidak berapa pandai. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@anistaqwa
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur selepas menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi ni tengah cakap Sabah atau cakap Indonesia ? Hantam ja bah kan, haha.. Boleh tahan kelakar rupanya Fattah ni, hahahaha.. “
” Astaga tula BHA kan kalau orang semenanjung try cakap Sabah auto jadi slang indon, haha bukan slang Sabah dah nii.. ”
” Ya ya belajar bah kau cakap Sabah Fattah.. Sumandak Sabah cantik cantik, pandai lagi masak nasi.. Ehhh ternyanyi pula aku, hahahahaha.. “
” Pasal bunyi mcm indonesian Fattah…. Hahahhaa dari Sabah terus ke Indonesia.. Sabar jalh dengar Fattah cakap, bunyi pun kelakar dah.. “
” Dah pegi indo pula Fattah.. Suka tgk Ami mmg ikhlas bekerja.. Fattah mungkin tak biasa lg dgn skin care.. Tp nmpk dia work hard juga terangkan.. “
” Suka tgok Fattah skrg.. Semoga Fattah dan Adira dimurahkan rezeki dprmudahkan segala urusan dunia akhirat, aminnn.. “
” Boleh lah Fattah.. Campur indonesia skit, hahahahaaha.. Lain maca slang cakap tu.. Dah konfius sabah ke indonesia.. Rupa mix hahahaa.. “
Makin kelakar Fattah sekarang yer, random betul cara Fattah cakap bahasa Sabah. Seloroh peminat Fattah, asalkan ada bunyi ‘bah’ sudah memadai untuk Fattah bercakap bahasa Sabah. Tak apa, cuba lagi Fattah. Mana tahu selepas ni Fattah akan bertambah mahir cakap Sabah. Tentu lagi ramai peminat dari Sabah yang suka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

