Artis / Selebriti
” Adik selalu menjadi orang pertama yang melindungi Kak Long dan marah bila kakaknya disakiti.. ” – Bella Astillah
Titip ucapan sempena hari lahir adiknya Didi Astillah yang ke 29 tahun, perkongsian Bella Astillah buat ramai tersentuh. Sebaknya baca luahan hati Bella buat Didi..
Beberapa hari lalu, adik kepada pelakon dan juga penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astilah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Bella turut mengambil kesempatan menulis ucapan buat Didi menerusi akaun Instagram miliknya.
Tulis Bella pada awal penulisannya, memohon maaf kerana terlewat post ucapan tersebut kepada Didi. Bella menyifatkan Didi seorang adik yang sangat baik kerana sentiasa ada dengan dirinya sejak mereka masih kecil serta melalui fasa susah dan senang bersama-sama.
Akui Bella, Didi selalu menjadi orang yang pertama yang melindunginya, orang pertama yang turut bersedih dan marah di kala Bella disakiti. Di akhir penulisan, Bella mengucapkan terima kasih kepada Didi kerana sentiasa bersamanya selalu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tersentuh membaca apa yang ditulis oleh Bella untuk Didi. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatakan kasih sayang adik-beradik ini sangat utuh. Sehingga kini, ucapan Bella tersebut menerima puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai ucapan yang diberikan oleh Bella dan ramai yang turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Didi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah, hubungan adik-beradik yang sangat baik, till jannah.. Selamat hari lahir Didi, may you be blessed with with all sorts of happiness.. “
” Happy belated birthday DA.. Di doakan semoga segala hajat dan impian DA akan dimakbulkan Allah Jalla Jalaluhu.. “
” Sebak sis baca.. Sebagai org yang pernh tengok dari kecik kamu bdua, memang tak pernah berenggang pn, memang sentiasa bersama3.. “
” Bagus dia sentiasa ada dengan kakak dia.. Happy birthday Didi Astillah, semoga baok2 saja datang kepada kamu dan keluarga.. “
” Kuatnya seorang Bella adalah sebab adiknya didi salah seorangnya.. Happy birthday didi, semoga murah rezeki, sihat2 slalu.. “
” Happy birhday Didi.. Semoga sentiasa dlm lindungan Allah.. Sentiasa menjadi adik yang baik2 terhadap Bella juga, amin.. “
” Alaaa Bella ni, kenapa potong bawang nih.. Semoga kamu berdua adik-beradik sentiasa dalam lindungan Allah Taala selalu.. “

Bagi yang sering mengikuti perkembangan Bella, pasti mengetahui yang ke mana sahaja Bella pergi, pastinya ada Didi yang sentiasa menemaninya. Didi juga selalu menjadi orang pertama yang support kakaknya. Selamat hari lahir Didi, semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala urusan Didi dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah, didiangelastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

