Artis / Selebriti
” Adik kandung lah kan ? Ramai sangat yang nak tengok adik saya lain sebelah arwah abah saya.. ” – Dato’ Aliff Syukri

Dato’ Aliff Syukri kongsi video bersama adik beradiknya yang sebapa raih perhatian ramai. Wah jarang-jarang dapat tengok wajah adik-adik Dato’ Aliff, semuanya cantik dan handsome. Video bersama mak tiri pun ada, sporting betul semuanya..
Sambutan hari raya Aidilfitri pengasas kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri meriah apabila dapat mengumpulkan ramai sanak saudara. Dato’ Aliff mempunyai ramai adik beradik kerana ibu dan ayahnya selepas berpisah memulakan kehidupan baru dengan pasangan masing-masing.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff bersama adik-beradiknya dari sebelah arwah ayahnya, Kamarzaman. Coret Dato’ Aliff di ruangan kapsyen memberitahu ini adalah adik-adiknya hasil perkahwinan arwah ayah bersama ibu tirinya.
Adik-beradik sebapa tetapi tidak seibu juga dikira adik beradik kandung dan bukan adik beradik tiri. Tambah Dato’ Aliff lagi, selalunya orang melihat adik-beradiknya yang terkenal seperti Kak Yatie dan anak-anak Bonda Rozita bersama Abang Haji.
Menerusi video ini, ada 4 orang adik beradik lain yang dapat dilihat. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dan turut sama dalam video ini isteri arwah ayah Dato’ Aliff atau ibu tirinya. Pemalu semuanya dan wajah mereka ada iras dengan wajah Dato’ Aliff. Tumpang gembira warganet melihat kemesraan mereka adik beradik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebij 7000 tanda suka daripada warganet sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Walaupun ramai org cakap macam2 pasal Dato’ tapi jujurnya saya respect Dato’. Sangat menjaga hubungan silaturrahim sesama keluarga. Baik adik beradik belah abah atau mak, semua Dato’ sentiasa keep in touch. Takde pilih bulu. Satu sifat yang bagus untuk dicontohi.. “
” Walau Dato aliffsyukriterlajaklaris ni femes & kaya macammana dia tetap mengeratkan silaturrahim antara sesama adik beradik kandung tak kira lain mak atau lain bapa. Bukan mudah bila ada keluarga besar yang dah bawa haluan masing-masing.. “
” Awak, raya tahun ni awak the best.. Hanya pujian, tiada kecaman.. Dato’ buat netizen marah bila keluar lagu raya. Hal lain dlm perniagaan adik beradik Dato’ carta no 1 laaa.. “
” Bab hubungan family mmg tiptop, bisnes pun pndai.. Lom kira sedekah lagi.. Dato ni bagus. Semoga Dato semakin dimurahkan rezeki. Lebih kaya lagi. Aamiin3 YRA.. “
” Adik beradik sebapa ni kuattt. lagi2 bin binti mmg sama kan.. Patutla rezeki Dato tak pernah putus, sentiasa jaga ukhuwah.. “
” Bagus la Dato’. tak sombong pon dgn adik-adik.. Adk bradik kandung sb Bin Binti sama… sy ad prasan yg sorg tu mcm ad iras2 muke kak yati.. “
” Ada iras iras dato la.. bagusnya dato ni, tahniah kerana masih menjaga ukhuwah walaupun arwah ayah dah takde.. semoga dato dan kluarga dikurniakn umur yg pjg lg berkat serta kesihtn yg baik bpjgn.. “
Alhamdulillah, Dato’ Aliff masih mengekalkan hubungan baik dengan semua adik-adiknya walaupun arwah ayah sudah lama tiada. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan kekal aman dan berpanjangan sampai bila-bila. Arwah ayah Dato’ Aliff tentu bangga ada anak seperti Dato’ Aliff.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen