Artis / Selebriti
” Adik beradik atas pentas, hebat betul. Ni baru penghibur, slay Oddah.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Oddah menyanyi lagu Bernadya dalam versi rock di konsert Talk To My Manager menghiburkan ramai. Part kejutan kakak Oddah, Airra join bermain gitar mengiringi nyanyian Oddah tu paling wow. Gempak lah dua beradik ni..
Pentas Talk To My Manager semakin hangat dengan persembahan para peserta pada minggu kedua. Masing-masing cuba memberikan persembahan yang terbaik dan menampilkan kelainan dalam nyanyian mereka. Salah seorang yang dinanti-nantikan oleh penonton adalah anak Shiera, Oddah.
Minggu lalu, Oddah menguasai pentas dengan nyanyian dan tarian ala Lisa Black Pink dan ianya mengagumkan ramai. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video persembahan Oddah untuk minggu kedua yang disiarkan semalam di saluran Astro.
Oddah mendendangkan lagu daripada Bernadya berjudul Untungnya, Hidup Harus Berjalan dalam genre rock. Oddah yang selalu ligat dan penuh ceria ini kelihatan begitu enjoy dengan persembahannya walaupun awalnya Oddah tercari-cari key lagu tersebut. Ramai yang menyedari hal ini tetapi tetap ingin melihat kelincahan Oddah di pentas.

Istimewa untuk minggu ini, kakak kepada Oddah, Airra tampil bermain gitar dan mengiringi nyanyian adiknya itu. Riuh rendah suasana dan penyokong Oddah bersorak memberikan semangat untuk Oddah dan Airra. Berani dan berbakat anak-anak dara Shiera.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni lagi sorang… Odah Haihhh.. power lahh memang takde stage fright langsung. Awak ni memang talented odah. You’re a great entertainer just like your mom.. “
” Lets gooo anak acik.. power lah.. Dia ni performer. performer tak perlu ada bakat nyanyi ke apa.. kalau dia ada msti boom event tuuu.. “
” Wlupun kelaut dlm vokalnya dek kurang stamina, tp slumber odda dgn kak rara tu aku suka.. main bantai yo ko nyanyi eh Oddah tp persembahan mmg best.. “
” The nost enjoyable show.. Aku mmg adore dr zaman mak dia sampai ke anak.. Odda jiwa dia menari bukan jiwa rock kot last week best lagi vocal dia kena dgn lagu rap.. “
” Best la Odda, Aunty sanggup tgu nak tgk Odda, your confident level very high . Slay odda.. memang berbakat adik beradik ni, mewarisi bakat seni mak dan ayah diorang.. “
” Aku memang suka betul dgn aira ni tauuu .. style gilerr.. macamana mak dia yang kita kenal slumber, anak dia pun sama. sentiasa rilex dan cool macam takde apa yang berlaku.. “
” Adik beradik atas pentas, hebat betul.. ni baru penghibur.. Mcm tgk shieraijoy dgn laki dia wat persembahan plak kt situ.. “
Gabungan Auddra x Airra menggegarkan pentas konsert Talk To My Manager. Airra berbakat besar dalam bermain gitar dan kehadirannya membantu persembahan Auddra. Satu persembahan yang menghiburkan. Semoga minggu depan Auddra akan melakukan yang lebih baik daripada minggu ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak , Tiktok f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

