Artis / Selebriti
” Adik-adik Fattah dah cantik sangat untuk jadi model, nampak sopan. Yang tudung green tu manis je mukanya.. ” – Komen Netizen

Ibu dan adik-adik Fattah Amin muncul dalam video promosi koleksi terbaru tudung Ibu Azizah raih perhatian ramai. Cantik dan manis adik-adik Fattah. Tapi part awal video tu lain macam, buat ramai terkejut..
Selain produk t-shirt keluaran Fattah Amin, aktor ini juga turut mengeluarkan tudung di bawah jenama Ibu Azizah. Ianya bersempena nama ibu Fattah yang bernama Azizah. Sebelum ini, Fattah pernah membuat live bersama ibu dan adik-adik perempuannya ketika launcing tudung ini dilakukan.
Kali ini, produk Ibu Azizah kembali lagi dengan corak dan warna yang lebih menarik. Sebagai rangka promosi, Fattah telah pun berkongsikan satu video yang memaparkan antara koleksi tudung yang bakal dijual pada sesi live 22 Mei yang akan datang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok dan Instagram Fattah Amin, video tersebut telah pun dimuatnaik. Ramai yang terkejut gara-gara kelibat seseorang yang wajahnya ditutupkan dengan tudung berwarna hitam di awal video. Memetik komenwarganet, intro nya seperti drama seram.
Pada penghujung video, kelibat ibu Azizah bersama 3 orang adik perempuan Fattah dikongsikan. Penampilan Farhana, Raihan dan Intan mencuri perhatian warganet. Kesemua kelihatan ayu dan imej bertudung labuh yang dibawakan oleh ibu Azizah dan anak-anak perempuannya ini dipuji ramai.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Penantian untuk kesempurnaan dalam menutup aurat hampir tiba ke penghujung. Bersedia untuk menyambut koleksi tudung terbaru yang elegan, sopan dan penuh makna. Bukan sekadar koleksi, tetapi satu identiti yang direka dengan penuh kasih & nilai khas untuk anda. Pilihan tepat untuk tampil lebih yakin dan patuh syariah. Join live pada 22/5/2025 9pm untuk jadi yang terawal dapatkan koleksi terhad ini. #IbuAzizah #TudungAzizah #SempurnakanAuratMu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik tapi terkejut sikit awal-awal tu haha.. Ingat cerita seram Spiderman hitam tu haha.. ingat nak reveal bakal isteri pun ye hehe.. “
” Rasa nak nangis tengok last-last tu.. ulang ulang tengok berderai weei bahagia sangat.. anak beranak bahagia cara mereka.. “
” Tak payah model… adik adik Fattah dah cantik sangat untuk jadi model.. lagi nampak sopan.. yang tudung green tu manis je mukanya.. “
” Yang tudung hijau tu bukan bongsu tapi anak no4 daripada 5 beradik Fattah. Anje (Norfazira).. Intan (Siti Norfahanah) yang pakai purdah tu.. “
” Lemas rasa, 1st time tudung tutup muka tadi.. printed yg lebih menyerlah. menyala ibu azizah, fattah amin & family.. “
” Suka tengok ibu dan adik beradik Fattah, semua bertudung labuh.. Persoalannya.. sape disebalik tudung hitam yg first2 tu?? Terkojotttt den haha.. “
” Last2 tu semua adik beradik Fattah ke.. Masyallah.. cantik-cantik lah.. ibu Azizah serta adik2 Fattah. Sgt inspirasi dgn adik2 Fattah.. live paling tenang aritu, tengok muka masing-masing memang pemalu.. “
Koleksi tudung yang bakal menjadi rebutan ramai ketika live nanti. Yang penting ramai ingin melihat live tenang Fattah dan adik-adiknya nanti. Patut lah live aman sahaja, semua pemalu tetapi cantik dan ayu. Semoga produk ibu Azizah akan mendapat sambutan yang hangat dan laris jualannya nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu berdekah weh. Hilang terus keayuan Mira, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah bagus jawapan Fattah, profesional tiada berdendam.. ” – Komen Netizen