Artis / Selebriti
” Adakah negara yang begitu dicintai arwah benar-benar membalas kasih sayangnya ? ” – Peguam
Koleksi lukisan kemerdekaan dilukis oleh arwah Zara Qairina yang dikongsikan oleh seorang peguam, Nadia Abd Aziz buat ramai tersentuh. Sebak sehingga menitiskan air mata ketika Nadia bercerita tentang arwah..
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang peguam bernama Nadia Abd. Aziz berkongsi beberapa koleksi lukisan arwah adik Zara Qairina telah meraih perhatian ramai. Lukisan tersebut ditulis dalam bahasa arab.
Lukisan itu juga tertera nama Zara dan ia dilukis dengan begitu cantik sekali. Ternyata arwah Zara mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negaranya Malaysia. Perkara tersebut diakui oleh peguam yang menceritakan hal ini.
Apabila melihatkan lukisan tersebut, peguam tersebut dilihat tidak dapat menahan sebak kerana memikirkan keadilan buat kes Zara ini. Nadia sempat berkata dengan satu persoalan, adakah negara yang sangat dicintai oleh Zara ini akan membalas kasih sayangnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Lukisan Merdeka hasil sentuhan arwah Zara Qairina bukan sekadar karya seni, tetapi warisan jiwa yang melambangkan kecintaan mendalam beliau terhadap tanah air.
Jom tonton video di bawah :
@adan_dyna Lukisan Arwah Adik Zara Cerminan Cinta Negara – Nadia Aziz Seru Campur Tangan Raja-Raja KUALA LUMPUR, 1 Sept – Peguam CLJ, Nadia Aziz meluahkan rasa sebak terhadap lukisan arwah Adik Zara yang tular di media sosial, yang menurutnya jelas mencerminkan kecintaan dan harapan anak kecil itu terhadap tanah air. “Adakah negara yang begitu dicintai arwah benar-benar membalas kasih sayangnya? Persoalan ini wajar kita renungkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas. Nadia menegaskan bahawa dalam keadaan politik yang tidak menentu dan kerajaan yang gagal menangani isu rakyat, sudah tiba masanya kerajaan hari ini diREHATKAN Beliau turut merayu agar Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu meneliti keadaan semasa serta mempertimbangkan campur tangan demi menyelamatkan negara dan rakyat. @Abib Hassan @Bozz Jebat @tunmahathir
Di ruangan komen, ramai yang berharap akan ada keadilan buat kes ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Sedihnya kes Zara ni.. hanya Allah yang maha tahu segalanya.. kes ni kelemahan awal dr pdrm sabah ckup2 lemah.. kesimpulan: tepat dan dipersetujui.. “
” Wahai Adik zara, andai kata kami kalah dalam menegakkan keadilan dan menuntut hak mu.. engkau tuntutlah mereka yg telah menganiayai mu di sana kelak.. “
” Dunia Melihat kes Zara. Waktu arwah Zara ditemui dan waktu arwah dibawa ke hosp pn terlalu jarak,knp lmbt dibawa ke hosp.. “
” Keadilan untuk zara, bukan parti keadilan je .mana keadilan sebenar….pembuli2 di hantar ke juvana untuk mengelak dari terus membuli di sekolah2 baru… # hapuskan buli….difikiran sibuli@ dibuli…berfikiran positif… “
” Kita teruskan berjuang tuntut keadilan. bukan mudah untuk melawan pihak yg batil. mereka guna semua agency kerajaan untuk menidakan keadilan.. “
” Kami mau keadilan untuk arwah adik zara. Tak rasa sedeh ke anda semuanya dengar suara arwah adik zara bercakap dengan ibunya ni?hancur rasa hati ibunya.tu satu2 anaknya.. “
” Teruskan qunut nazilah,moga keadilan buat Allahyarhamah adik zara qairina.. semoga ibu arwah adik zara kuat menjalani hidupnya… “
Sesungguhnya, karya ini akan kekal abadi sebagai tanda kasih sayang arwah Zara Qairina kepada tanah air tercinta. Semoga kebenaran akhirnya terungkap dan keadilan dapat ditegakkan dengan sewajarnya. Keadilan buat Zara bukan sekadar penutup sebuah kisah, tetapi permulaan kesedaran untuk semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Adan Dyna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

