Artis / Selebriti
” Ada yang kata saya tidur berdengkur.. ” – Zahiril Adzim

Video Zahiril Adzim menjawab persoalan betul ke dia tertidur masa scene Falah koma dalam drama Andai Tiada Dia. Oh itu sebenarnya yang terjadi yang ramai tak tahu. Akhirnya terjawab..
Sekali pun drama Andai Tiada Dia telah pun tamat dan diganti dengan drama yang baru, penonton setia drama itu masih tidak dapat move on dengan penangan watak Falah dan Suri. Masih ada yang menyuarakan kerinduan mereka terhadap watak-watak dalam drama hebat itu.
Ummi Nazeera dan Zahiril begitu menjiwai dan membawakan watak mereka dengan baik sehingga meninggalkan kesan di hati penonton. Babak-babak terakhir yang mana Falah sedang koma dan Suri serta kedua ibu bapa Falah merelakan Falah untuk pergi adalah babak yang paling menyayat hati. Bukan hanya wanita, namun penonton lelaki juga ada yang menangis menonton babak itu.
Meninjau entry di akaun Tiktok N0rsahrina86, telah dikongsikan video Zahiril menjawab pertanyaan daripada salah seorang viewers mengenai situasi sebenar di set penggambaran ketika babak koma itu dirakamkan. Kata Zahiril, kira-kira 20% daripada babak itu memang dia terlelap.
Namun terlelapnya itu ketika babak yang memaparkan wajah Haikal, ibu dan ayah Falah. Ketika scene melibatkan wajahnya, Zahiril tidak tidur dan dia sendiri menahan sebak mendengar dialog yang dilontarkan oleh ayah dan ibu Falah serta Suri. Zahiril juga mengatakan dia membuat research bagaimana situasi sebenar orang yang koma.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@norsahrina86 Betul ke Falah tidurmasa scene koma?? Tengok video sampai habis… kredit live :Zahiril Adzim #atd #andaitiadadia #falah #zahiriladzim #norsahrina86
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Walaupun bukan hero utama, tapi watak falah yang paling orang ingat.. Dia je rasa dia 2nd lead. Tp masuk je watak dia, terus org fikir dia 1st lead. Power betul lakonan dia.. “
” Watak Falah sangat tinggalkan kesan yang mendalam.. masa scene sbelum dia meninggal, nampak air mata falah bertakung masa ayah dia nak cium dia.. “
” Andai tiada dia nii watak Falah yg menghidupkan sebenarnya ceta nii selain mimi as intan.. watak dorang memang penghidup cerita.. “
” Zahiril adalah hero yg sebenatnya walaupun masuk lambat.. acting spirit dia power.. Nampak Falah betul-betul tidur tak sedar padahal dia sedar sesedar sedarnya. real.. “
” La ingatkan depa bagi ubat tido macam tak gerak.. Nampak macam betul-betul pandai falah… good job… dia Yang berlakon pun Dia boleh kata sedih giler… kiteorg YG tengok drama Tu lagi la giler punya sedih.. meleleh leleh hingus semua.. “
” Tahniah Falah.. terbaik lakonan… sgt menjiwai watak.. Lakunan fallah sungguh me beri kesan Pada sy. Awk la hero.. “
” Bebola mata tak gerak tu yang nampak real sangat.. sempat dia melatah last last tu. Adui ketua, lawak lah melatah camtu.. “
Ramai yang memuji lakonan Zahiril yang nampak begitu real, ini baru betul-betul pelakon berbakat yang wajar diangkat sebagai watak utama. Semoga Falah menjadi asbab untuk Zahiril lebih menyerlah pada masa akan datang dan lebih ramai pengarah yang membuka mata dengan bakat Zahiril.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norsahrina86
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen