Viral
” Ada lesung pipit, tahi lalat dekat dagu, tutup aurat dengan sempurna. Masha Allah Dik, cantik sangat.. ” – Komen Netizen

Rakan baik kongsi video kenangan bersama arwah Nurul Izyanti (UPSI) ketika di kampus buat ramai sebak. Seorang yang ceria dan murah dengan senyuman. Cantik sejuk mata memandang, aurat pun terjaga..
Seumpama mimpi, berita tragedi bas terbalik di Gerik yang berlaku pada hari Isnin yang lalu menggemparkan negara. 15 insan terpilih dijemput Ilahi dan pemergian pelajar-pelajar ini mengundang kesedihan sehingga ke hari ini. Salah seorang yang mencuri perhatian adalah arwah Nurul Izyanti binti Muhamad Azhar.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aniesmyera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kenangan seorang rakan baik Izyanti, Mirah bersama arwah ketika hayatnya. Kata Mirah, sebelum ini setiap kali ingin pulang ke Terengganu, pastinya Izyanti akan mengajaknya untuk pulang bersama-sama.
Mirah memuatnaik banyak video kenangan yang ada Izyanti bersama. Izyanti yang berwajah cantik dan manis ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Tidak lekang mulutnya dengan senyuman dan ianya menambahkan lagi keayuan wajah Izyanti.
Warganet memuji cara Izyanti menjaga penampilannya. Bertudung labuh menutupi dada dan memakai stokin tangan, Izyanti menjaga auratnya dengan sempurna. Ramai yang terinspirasi dengan penampilan Izyanti itu dan mula berazam untuk perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan.
Jom tonton video di bawah :
@aniesmyera No more “jom mirah balik besut samo2”😔 tpi takpe yan hajat yan nk masuk upsi dengan kami sudah tercapai🥺. Syurga buatmu Nurul Izyanti Binti Muhamad Azhar🤲🏻🤍
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” SubhanAllah… tiap kali lalu video adik² UPSI ni saya tengok semua tutup aurat dengan sempurna.. “
” Comelnya semua pandai tutup aurat sempurna sgtt.. upsi ni memang ramai yg comel + tutup aurat ke ya allah cantik sangat. suka tngk walaupun diorang da tkde tpi tgk la kwn ii diorang post semua nya aurat tertutup.. “
” Yang meninggal semua cantik cantik muka bersih lembut jee tengoknya. entahlah even tak kenal rasa dekat sangat ngan korang adik adik.. “
” Suka tgk muka dia .. nampak lembut.. ya Allah tempatkan mereka semua dikalangan hamba2Mu yg soleh Dan solehah .. masukkan mereka kedalam syurga Mu tanpa hisab .. aaminnSelamat berehat di taman syurga adik nurul izyanti.. “
” Adik ni yg dikebumikan bersebelahan arwah ayahnya kan? pdahal kt tepi kubur ayah dia tu dh ada kubur lain.. tpi masih muat letak kubur dia sbelah ayah dia.. alhamdulillah bgitulah takdir Allah.. sebelum adik ni meninggal dia selalu ckp rindu arwah ayahnya.. ternyata Allah kabulkan permintaannya.. skrg adik dh blh jumpa dgn ayahnya… smoga adik bergembira disana bersama ayah yer.. “
” Yang pergi semua tudung labuh, muka manis lemah lembut semua.. cemburunya dgn kematiannya.. lapang hati lihat mereka.. kebaikan2 yg tersingkap setelah mereka tiada lagi. moga Allah S.W.T tempatkan mereka di sisi-Nya yg terpuji.. “
” Manisnya muka arwah, senyuman dia tu sejuk mata memandang dan mendamaikan. Ada lesung pipit, tahi lalat kat dagu, tutup aurat dgn sempurna. MashaAllah Dik, cantik sangat awak. berehat ye Dik kat sana, disisiNya.. “
Tiada siapa menyangka pemergian Izyanti secepat itu dan semua memori mereka bersama akan bersemadi dalam hati selamanya. Selamat berbahagia Izyanti di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aniesmyera, Tiktok Malaysiaupdate
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part k1ss tangan tu sumpah cute. Tertib dan humble je dia, masya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mahal betul harga rindu dia, jujur dan ikhlas betul jawapan. Bertuah punya anak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Siti Nur Fatin binti Hamdan, saya rindu awak sangat-sangat. Awak hidup lagi ke tidak sebenarnya.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejujurnya, saya masih dibelenggu ketakutan.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.. ” – Siti Khalizah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Indeed, well said Syed Saddiq. Heret sekali semua yang terlibat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Geram je tengok. Cikgu baru sergah sikit, dah tertonggeng terus, haha.. ” – Komen Netizen