Connect with us

Artis / Selebriti

” Ada iras YM Che Puan Khaleeda, cantik dan ayu orangnya.. ” – Netizen

Kecantikan Puteri Bongsu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin iaitu YAM Tengku Puteri Fatimatuz Zahra’ Raih Perhatian Ramai. Dah Besar Rupanya, Sudah 21 Tahun. Cantik, Natural Beauty !!

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merupakan Sultan Terengganu yang ke 18. Baginda mempunyai empat orang cahaya mata iaitu dua orang putera dan dua orang puteri hasil perkongsian hidup bersama Sultanah Nur Zahirah.

Meninjau ke akaun instagram Majalah Nona, perkongsian video yang memaparkan penampilan puteri bongsu Sultan Mizan iaitu YAM Tengku Puteri Fatimatuz Zahra’ telah meraih perhatian ramai. Tengku Puteri Fatimahtuz Zahra’ telah pun berusia 21 tahun.

Klik gambar untuk info..

Ramai yang terpersona dengan kecantikan yang dimiliki oleh Tengku Puteri yang sangat semulajadi. Tidak mengenakan solekan yang tebal, wajah Tengku Puteri sangat cantik dan manis pada pandangan mata terutamanya ketika tersenyum.

Perkongsian ini telah menerima lebih seribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Wajah Tengku Puteri banyak mewarisi wajah ayahandanya namun kecantikan Tengku Puteri saling tak tumpah seperti bondanya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ada yang menyatakan wajah Tengku Puteri seiras dengan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda iaitu isteri kepada Putera Mahkota Johor. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantiknya dan ayu orgnyaa.. dulu tgk masa Tengku puteri budak² lg.. skrg cantik sgt.. Kalau lah dijodohkan dgn Tengku Hassanal.. setuju.. “

” Iras mu tuanku, ayu cm bondanya.. Ni sesuai besan dgn ank raja pahang yg hnsem tu.. Tengku hassanal cocok sama uteri sultan of brunei.. “

” Baju nie cantik sangat.. Sweet seumpama Che Puan Khaleeda.. Manis nya senyuman tuaku puteri.. daulat Tuanku. anggun jelita.. “

” Ada iras2 dgn YM Che Puan Khaleeda.. DAULAT TUANKU smuga Tuanku&kluarga2 senentiasa berada d dlm lindungan Allah Swt selalu hndknya…Aamiin3 yra.. “

” Iras wajah dan hidung ayahanda nya.. sweet.. Muka tengku puteri comel suke tgk.. Semakin ayu dn cantik princess of terengganu ni.. “

” Alhamdulilah comel.. sesuai dgn Tengku Hassanal Pahang. Jiran kan.. macm mix pakistan lawa dh tengok dpn2.. Kulit dia lawa.. “

” Selama aku idup 36tahun di bumi terengganu,arini bru kali pertama aku tgk anak2 puan sultan terengganu.. daulat tuanku.. “

Klik gambar untuk info..

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bonda Tengku Puteri juga cantik orangnya semestinya ia diwarisi kepada anak-anak. Semoga YAM Tengku Puteri Fatimatuz Zahra’ berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT