Artis / Selebriti
” Abang ni hulur RM6 pada saya waktu shooting, dia ingat saya betul-betul ‘sakit’ ” – Nad Zainal

Perkongsian Nad Zainal Ketika Sedang Shooting Telemovie ‘Sagon Tumbuk’ Buat Ramai Tersentuh. Wah Memang Nampak Real Betul, Sampai Orang Pun Boleh Kesian Bagi Duit Dekat Nad. Mantap Lah Crew Yang Siapkan Dan Makeup Nad, Betul-Betul Nampak Macam Gelandangan !!
Nama pelakon Nad Zainal cukup dikenali ramai. Nad antara pelakon yang sudah lama bertapak dalam industri seni dan bijak membawa watak yang diberikan sehingga lakonannya dilihat sangat ‘real’ serta memberikan impak yang luar biasa kepada para penonton yang menonton drama lakonannya.
Namun selepas mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail dan menimang cahaya mata, Nad dilihat berehat seketika dalam bidang lakonan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nad, telah dikongsikan beberapa posting yang memaparkan kini Nad sedang giat menjalani shooting sebuah telemovie baru bertajuk ‘ Sagon Tumbuk’ .
Salah satu posting Nad telah menarik perhatian warganet apabila Nad berkongsi satu cerita yang terjadi ketika dia sedang shooting. Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Nad, ada seorang lelaki menghulurkan wang berjumlah RM6 kepada Nad gara-gara melihat cara pemakaian Nad seperti seorang gelandangan.
Tulis Nad, ketika lelaki itu mahu memberikan wang, Nad berkata ‘saya ok abang, saya shoot’ . Namun lelaki tersebut tetap mahu memberikan wang kepada Nad. Perkongsian oleh Nad ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Selain tersentuh dengan perkongsian cerita oleh Nad, ramai yang kagum dengan Nad membawa watak yang diberikan kepadanya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Hahahahaha mmg real betul sampai orang pun kesian hahaha.. Memang mantap lah crewww dia bagi pakai and makeup menjadii betul tau.. “
” Dahsyat ek pelakon ni… Real life pun orang belief. Lagikan on screen. Fuhhh.. Welcome back Nad, tak sabar nak tengok, mesti best sangat telemovie ni.. “
” Mgkin dia ingat Nad ckp “saya shot”. dlm hati dia. mmg dh shot budak ni .. Betul-betul real pnya lakonan. Sampai tak prcya tgah shoot, haha.. “
” But jujur dari dulu Nad bawa watak apa shja mmg menjadi, so tak mustahil la yg nmpak real dlm recording/ pengambaran pun tu takleh beza.Apapun tahniah juga mnjadi pelakon yg menjiwai.. “
” Terbaik la kak.. Sy suka pelakon yg menjiwai watak ni.. Mungkin Pakcik ni dia tak tau shoot tu apa. Orang dh biasa sebut shooting, hehe.. “
” Kesian nya.. Kite kalau nmpak org mcm ni pon hulur jgk… Mcm real erk.. Dia tak kenal itu Nad Zainal.. Maceh ler pakcik bagi duit, hehe boleh makan ais kacang lepas shooting.. “
” Saya org Lenggong. Pakcik tu suka bersedekah kak.. Klau jumpa budak2 lagi dia suka memberi, kadang2 tu klau minum sekali ke dia suka belanja org ramai.. “
Menerusi ruangan komen, ada seorang warganet mengatakan dia mengenali lelaki itu dan mengakui lelaki itu seorang yang suka bersedekah serta suka belanja orang minum di sekitar kawasan tersebut. Apa-apa pun, penampilanan nad memang betul-betul nampak seperti gelandangan, sampai orang pun tak sedar yang Nad sedang berlakon.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nad.zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen