Artis / Selebriti
” Aaa note akhir Akiko ni yang nak sangat tengok. Allahu menggeletar Ridz tahan air mata.. ” – Komen Netizen
Video Ridzokumura menunjukkan keadaan tingkap rumahnya dan nota terakhir peninggalan arwah Akiko. Allahu, sedihnya tengok kesungguhan Akiko menulis nota tu. Sayu tengok Ridz tahan sebak..
Hampir seminggu berlalu sejak isteri Ridzokumura, Akiko Okumura disahkan meninggal dunia. Ridz dan anaknya, Sky dalam fasa cuba redha dengan semua ketentuan Ilahi. Setelah beberapa hari tinggal di rumah Zarina Zainuddin, Ridz dan Sky kembali ke rumah mereka semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nizarwatie, telah dikongsikan sedutan live Ridz pagi tadi. Ridz seperti selalu melayani semua pertanyaan viewers dan semuanya dijawab dengan lembut dan tidak langsung melenting walaupun ada yang seakan memberikan komen seperti menyindir.
Demi memuaskan hati semua, Ridz menunjukkan keadaan tingkap rumahnya yang banyak rosak. Namun Ridz sudah pun locked semua tingkat yang rosak agar tidak terbuka lagi. Ridz juga turut memaklumkan, Sky juga pernah hampir terjatuh sebelum ini gara-gara tingkap rumah mereka.

Selain itu, Ridz juga menunjukkan kepada semua nota terakhir yang ditinggalkan oleh Akiko. Ridz pernah memaklumkan dalam live terdahulu, nota itu ada dituliskan beberapa perkataan dalam bahasa Jepun bersama lukisan-lukisan yang dilukis sendiri oleh Akiko.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Replying to @nor.mala443 Terima kasih awak😍. Pendapat peribadi saya, kepada netizen yang seolah-olah mahu menyalahkan Abg Ridz atas pemergian Arwah Akiko (Aisyah) . Jika mengiikuti live penuh Abg Ridz pasti korang akan faham betapa ralatnya dia atas kehilangan ini. Apa pon ini adalah qada’ dan qadar dari Allah. Kita semua umat islam wajib percaya kepada salah satu rukun iman ini. Firman Allah dalam surah Al-Hadid, ayat 22-23: “Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa di bumi dan tidak (pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian atau musibah adalah sebahagian daripada ketetapan-Nya, dan sebagai hamba, kita wajib beriman dan bersabar.@ridz_okumura
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
@nizarwatie Replying to @syilamajid66 Sama2 kita hormati hak masing2. Ada orang suka privasi. Ada orang selesa bersosial. peace✌
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Aku cukup pantang la org bersangka buruk kat abg Ridz ni psl wife dia terjatuh drpd tingkap Tu… Aku ikut socmed Ridzokumura ni drpd zaman IG sampai TT da masuk 10 thn.. Ridz sgt baik.. “
” Kesian abg ridz kene explain.. tk thu la betapa sakit ht dia kne cerita dan kene bace komen netizen yg melebih-lebih.. “
” Abg Ridz nak mengadu ngan kita dalam live dia. Kalau duk sorang2 kadang dia teringat. tingkap style gitu mmg lama2 longgar lock dia.. rumah sy pun sama.. “
” Biarlah abg Riz bt live. Kita nurtizen2 ni lah tempat abg riz mengaduh selain dia mengaduh dgn Allah. At least kita ni peneman dia spy dia x keseorgan utk Stay Strong. Kita support lah dia secara Maya.. “
” Sabar ya encik riz ,saya yang tak kenal arwah pun dah menagis banyak kali sbb rasa tak percaya ,saya doa kan awak tabah Dan sabar ya.. “
” Allahu menggeletar suara.. aaa note akhir Akiko ni yang nak sangat tengok. abang ridz_okumura nangis, saya nangis ni sama.. “
” Utk yg kata jatuh sbb satu lagi tu, mcm ni ke effort seseorang yg sanggup nk korbankn diri dia.. Effort siap lukis preparation nk siapkn sahur utk family… Allahuakbar.. “
Nota kenangan terakhir yang akan selalu menjadi pengubat rindu Ridz terhadap Akiko. Tidak yang mampu menjadi sehebat Akiko dan Akiko contoh isteri yang meletakkan dirinya hanya untuk suami dan anak. Besar pahala Akiko dan semoga segala kebaikannya itu menjadi asbab menuju jalan ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nizarwatie, ig inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


