Artis / Selebriti
” Aaa comelnya Aya. Diam sambil buat muka confuse tengok fans, hehe.. ” – Komen Netizen
Video MK K-Clique buat kejutan memperkenalkan wajah anaknya, Aya Rayana buat kali pertama di Konsert Duo Terhangat McDonalds raih perhatian warganet. Alahai comel sangat Aya, copy paste ayah sangat ni..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hibglam dan Aisyahharif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan penyanyi rap MK K-Clique di konsert Duo Terhangat McDonalds yang berlangsung di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT semalam.
MK menghiburkan penonton dengan beberapa buah lagu hitsnya. Satu kejutan diberikan oleh MK untuk semua apabila MK secara spontan membawa anak sulungnya, Aya Rayana ke atas pentas. MK mendukung Aya sambil menyampaikan lagu Pulang.
Untuk makluman, Aya sudah pun berusia 11 bulan dan peminat MK sememangnya menantikan untuk melihat wajah Aya. Gembira penonton apabila melihat Aya dan ramai yang memuji kecomelan Aya itu. Aya tenang sahaja dalam dakapan ayahnya itu.

Wajah confuse Aya melihat ramai orang di bawah pentas mencuit hati ramai. Warganet juga mengatakan wajah Aya begitu seiras dengan wajah MK. Pada konsert semalam juga, MK juga menerima kejutan daripada pihak penganjur dengan membawa sebiji kek sempena hari lahirnya yang bakal disambut pada 27 Julai.
Jom tonton video di bawah :
@hibglam.com.my Buat pertama kali, penyanyi rap MK mendedahkan wajah puteri sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT, malam tadi. #mcdonalds #mk #penyanyi #rap #anak #perempuan #wajah #pertamakali #konsert #duoterhangat #putrajaya #haatepok #pulang #hibglam #kclique ARTIKEL PENUH: https://www.kosmo.com.my/2025/07/25/mk-dedah-wajah-anak-kesayangan-buat-pertama-kali/
@aisyahhariff Ramai tau fans aya 😍 #mkkclique #kclique #konsertduoterhangat #mk
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comelnya lahai aya ni.. putih melepak memang menurun kulit Hajar.. sikit lagi anak dia join bapak dia rap.. “
” Comelnya Aya,, muka sebijik ayahnya.. Subhana Allah.. copy paste sangat ni.. behave je Aya tengok fans dekat bawah.. “
” Lahh kopipies baba dia betul laa Aya ni.. comel sangat sangat.. ibu cantik bapa hensem .. anak mesti comel.. “
” Kiutnya, anak ayah sungguh.. lama dah tunggu nak tengok muka Aya.. comel sangat dengan muka confuse tengok ramai orang dekat depan tu hehe.. “
” Ya Allah, muka MK sangat.. mirip MK betul Aya.. comel dan cute sungguh anak perempuan MK.. “
” Aaa comelnya Aya.. diam sambil buat muka confuse tengok fans hehe.. putih melepak ni.. muka ayah sangat.. “
” Aya buat muka pelik kenapa ramai sangat orang tengok dia dengan ayah. comel sangat Aya, copy MK.. “
Ramai yang teruja kerana akhirnya penantian untuk melihat wajah anak MK tertunai juga. Comel sangat buah hati MK dan isterinya, Siti Hajaar. Apa-apa pun, semoga Aya membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hibglam, Tiktok aisyahhatiff, IG MK K-Clique
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

