Artis / Selebriti
” 2 kali 5 dua dua ni, lirik ke laut. Buat hal la dua beranak ni, macam nak pengsan aku ketawa sampai keluar air mata.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri dan Ammar Ahyan yang begitu teruja setelah Dato’ Seri Siti Nurhaliza membeli produknya ketika live buat warganet terhibur. Habis hancur lirik lagu Tokti. Ammar dan Dato’ Aliff sama naik. Kelakar betul, berdekah dibuatnya, haha..
Setiap kali Dato’ Aliff Syukri live bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan, pasti ada sahaja perkara lucu yang akan terjadi. Walaupun Dato’ Aliff banyak berdrama dan selalu marah-marah ketika live, Ammar tetap tenang menghadapi perangai abahnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Ammar dan Dato’ Aliff menjual produk beg keluaran mereka. Dato’ Aliff berubah ceria apabila ramai yang viewers memberitahu Dato’ Seri Siti Nurhaliza ada membeli beg tangannya ketika live itu.
Gembira bukan kepalang Dato’ Aliff sambil bertepuk tangan. Dato’ Aliff juga turut mengajak Ammar menyanyi lagu DS Siti. Sebanyak-banyak lagu DS Siti, Ammar hanya mengetahui lagu Joget Pahang. Demi memenuhi arahan abahnya, Ammar menyanyi juga walaupun liriknya tidak diingati.
Gelagat Ammar menyanyi dan Dato’ Aliff menjadi penari menggeletek hati warganet. Lirik masing-masing sememangnya membuatkan warganet berdekah ketawa. Wajah Ammar pula serius dan langsung tidak ketawa ketika abahnya membuat perangai menari dan menyanyi. Penyabar sungguh seorang Ammar Ahyan ini.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂Dato SitiNorHaliza Beli Beg Dato Alif Syukri😂 #malaysia #fyp #tiktok #gosip #viral #terlajaklaris
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Rabbi ank beranak ni. Pulangkanlah balik dato ct begnya. Sebulan tak habis nyanyi ni agknya.. sukati dia je ubah lirik.. klu dato ct tu suka drama, mmg siap la dato n anak dia. menjeling menjeling tak berhenti.. “
” Amayan tu takde perasan ke? bapak dia macam tu aku yang berdekah haha.. aku rse fmily dorg bkn jns thibur tp mghiburkan. bagi Amayan jela jadi ayah.. “
” Bapak dia terkinja kinja… dia saja aje… aku kat sini ketawa sampai berair mata.. bapaknya yang hyper.. aku penat lah dengan Amayan ni.. “
” Dah semua lagu ct keluar.. semua salah lirik plak tu.. yg penting anak beranak confident.. hahaha.. anak dgn bapak ni memang berbeza betul.. “
” Aku dah baca doa tidur… macam mana la bleh tgok VD ni.. bdekah gelak TERUS kena mengucap n baca doa lagi skali.. buat hal la dua beranak ni haha.. “
” Adoiii.. aku x blh tahan laaaa…. gelak smpai keluaq aiq mata.. anak dia boleh mcm tu.. macam tak da perasaan.. Baru 1 beg ct beli. kalau 2 3 4 beg????? agaknya terus buat mini konsert live kot si dua beranak ni haha.. “
” Dato’ sakit ginjalku haha.. betul betul menghayati siap suruh kita yang tengok ni pun berdiri haha. Semangat tu dia nyanyi hujung hujung tak ingat lirik.. “
” 2 kali 5 dua dua ni, lirik ke laut.. Amayan boleh tak gelak.. macam takde perasaan ni.. serius je muka dia kita yg tgok mcm nk pengsan ketawa smp berair2 mata. adoiilaa datuk.. “
Kelakar sungguh apabila Dato’ Aliff dan Ammar bergabung menyanyi seperti ini. Habis rosak semua lagu DS Siti apabila berada di tangan Dato’ Aliff dan Ammar. Confirm DS Siti juga mengekek ketawa melihat gelagat anak dan ayah ini menyanyi lagunya. Dua-dua penghibur dan kaki tukar lirik, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media, Tiktok narisaammara70, Tiktok zurashops, Tiktok ayuboutique
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cia cia cia, itu rupanya panggilan YB Saddiq untuk Bella tersayang. Terlepas jugak YB ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. ” – Komen Netizen