Artis / Selebriti
” 1st time dengar orang bawa lagu Tokti, tapi tak terbayang Tokti.. ” – Komen Netizen
Bawa Lagu Ibu Saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Pentas World Championships Performing Arts, Nyanyian Umairah Buat Ramai Terpukau. Wah, Sedap Sungguh Lagu Cindai Versi Umai Ni !!
Ummi Umairah binti Saiful Anuar merupakan anak saudara kepada penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Umairah merupakan anak sulung kepada Siti Sairah Taruddin yang merupakan adik kepada Dato’ Seri Siti.
Umairah sememangnya mengikut jejak langkah Dato’ Seri Siti dalam bidang seni suara. Sejak dari kecil lagi Umairah banyak menyertai pertandingan nyanyian dan juga pernah memenangi beberapa pertandingan juga. Terbaru Umairah mula mencipta nama di mata dunia.
Umairah telah menyertai pertandingan World Championships Performing Arts yang berlangsung Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat. Umairah mempertaruhkan lagu Cindai yang merupakan lagu irama Malaysia nyanyian ibu saudaranya.

Nyanyian Umairah ini cukup memukau ramai kerana Umairah berjaya membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh ibu saudaranya. Perkongsian video ini telah menerima lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 3 jam ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Umairah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sedap suara tapi baju kureng la.. 1st time dgr org bawak lagu CT, tp x terbayang CT.. hakim tu mcm enjoy je dgr umai nyanyi.. “
” Mna tumpahnya kuah klu xke nasi..Umai ank sulong Sairah Tarudin…kkak/adik kpd CTDK…voice mirip mk saudara nya Mantappp.. “
” Wow, terbaik umai hebat sgt.. Proud for u umairah_sairahtarudin terus maju umai.. Tahniah mengharumkan nama Malaysia.. “
” Puasss, Mak tengah memerot nok,pon goosebumps… Irama.melayu Asli mendoniaaa.. Makin kemas nyanyian Umai.. “
” Semoga ada kemanisan buat umai.. proud of you.. Tahniah dik,bape umur nmpk matang. suara sama..tp dia xikut pn mkcik dia .terbaik pelapis ct.. “
” MasyaAllah umaiiii… Tak terpikirkan under 17 years old. Bulatnya vocal, best umairah_sairahtarudin terbaik , Sedapnya suara dia subhanallah.. “
” Fantastic performance. Champion.. Speechless wey.. sedap nya dengan arrangment music mcm tu.. kene dengan suara dia.. cayok umai.. “
Wah, sememangnya cukup merdu suara Umairah. Tahniah diucapkan kepada Umairah kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Semoga Umairah terus berjaya dalam bidang seni suara dan membawa pulang kejayaan. All the best buat Umairah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG UmairahSairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

