Artis / Selebriti
” 1 family Pak Zain, signature vibrato sepesen je. Cuma Syamel je lain sikit signature dia.. ” – Komen Netizen
Video Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel menyanyikan lagu antara satu sama lain buat ramai terpegun. Wah padu habis nyanyian empat penyanyi hebat ni..
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel sebagai tetamu jemputan di segmen Petang Era bersama penyampai radio, Haziq dan Shasha pada minggu ini.
Menerusi perkongsian video itu, memaparkan Ziana menyanyikan lagu hit Ernie iaitu Masing-Masing. Selepas itu, Ernie pula menyanyikan lagu Ziana bertajuk Anggapanmu. Manakala Syamel pula menyanyikan lagu Anuar Zain, Lelaki Ini dan seterusnya, Anuar Zain menyanyikan lagu Syamel bertajuk Belakang Tabir.
Nyanyian keempat-empat penyanyi ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dan mengatakan walaupun Ziana, Ernie, Syamel dan Anuar menyanyi dalam keadaan bersahaja, suara mereka begitu merdu dan lunak. Bukan itu sahaja, telatah Syamel ketika menyanyi juga mencuit hati.

Sempat Ernie memberitahu nama panggilan Syamel dalam keluarga mereka adalah ‘Syame’ sebelum Syamel mula menyanyi. Kelihatan Syamel memberikan reaksi malu-malu. Sehingga kini, video nyanyian Ziana, Ernie, Syamel dan Anuar Zain telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji suara Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel. Antara komen-komen tersebut adalah :
” 1 family Pak Zain, signature vibrato sepesen je. Cuma Syamel je lain sikit signature dia.. Btw empat2 memang sedap lah suara dorang.. Suka dengar.. “
” Power.. Keluarga Ziana Zain majoriti berjaya dlm nyanyian , Ernie lambat naik.. Lepas AJL berduet dgn Syamel ,meletop terus.. “
” Masing2 nyanyi santai2 pun da sedap weh.. Penyanyi2 sebenar, yg ada kelas yg tak pudar dek masa, semua suara power… Good luck semua.. “
” Aduh Anuar Zain nyanyi aku yg sengih-2 ni kenapaa.. Empat2 padu betul suara.. Tak sabar nk tengok konsert korang, mesti semua peminat tak sabar.. “
” Dulu balık sekolah menanga depan tv tgk anuarzain70 nyanyi kt NTV7.. Dapatku membayangkan dari senyum birmu ituuuu… Haa smabunggg.. “
” Santainyee Anuar Zain.. Lurrveee sgt suara dia dr aku kecik lg.. Nasib Ernie tahan² suruh Syamel sabar. Macam dah nak start konsert dia tadi tu.. “
” Semua hebat.. Nak tgok family ni buat concert together .. Tak sabarnya.. Terus tersenyum dgn abg Nuar nyanyi…. Cair kita.. Hahahaha.. “
Wah, ramai yang memberikan komen ‘cair’ mendengar nyanyian Anuar Zain dan berkongsi kenangan masing-masing yang sudah meminati Anuar Zain sejak di bangku sekolah lagi. Malah, peminat juga tidak sabar untuk menonton konsert gabungan keempat-empat penyanyi ini nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dengan Achey bukan main serius. Tapi bila nampak Abang Jamil asyik tersasul je yer, haha.. ” – Komen Netizen

