Connect with us

Artis / Selebriti

” YB blushing tengok muka sendiri dalam video, kita kat sini pula yang tersenyum.. ” – Komen Netizen

Video reaksi YB Syed Saddiq ketika pratonton music video terbaru Bella Astillah dan Daniesh Suffian berjudul Akhirnya Kamu buat ramai terhibur. Wah YB pun ada dalam MV tu, patut lah blushing teruk, hehe..

Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan pelancaran lagu terbaharu Bella Astillah berjudul Akhirnya Kamu telah meraih perhatian ramai. Apa yang menarik ialah YB Syed Saddiq membuat kemunculan istimewa dalam MV lagu ini.

Lagu Akhirnya Kamu ini merupakan lagu duet Bella bersama Daniesh Suffian. Kemunculan YB Syed Saddiq hanyalah di penghujung video dengan menyebut Hai kepada Bella. Walaupun hanya seketika, ia sudah cukup membuatkan ramai tersenyum.

Ketika sesi pratonton MV tersebut, kelihatan YB Syed Saddiq malu-malu apabila melihat wajahnya muncul di skrin besar. YB Syed Saddiq menutup mukanya apabila orang ramai mula bersorak melihat kemunculan YB dalam MV tersebut.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada netizen cuba meneka adakah ini merupakan lagu tema perkahwinan mereka seperti mana pasangan Fattah Amin dan Amira Othman.

Jom tonton video di bawah (tonton music video penuh di hujung artikel) :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Dia cameo lagi sobat, dulu pakai coat doctor arini dia pakai baju kerja parliment. Senang ja kerja yb dia haii ja buat bella senyum.. “

” Yb hi kan bella kat sana. Kita kat sini pulak yg ter senyum senyum.. dlm aku blushing aku ngekek gelak tgok jack naik pelamin .. “

” Beruntung nye Bella dpt YB bakal suami yg tersangat la baik, penyayang, caring, bijak dan pndai, ade khikmah disebalik perceraian ngan ex husband nye dulu, skrng Allah gantikan yg terbaik utk Bella.. “

” Nasib baik yb ikut arahan..selalu dia buat ikut suka dia .. YB SS with his million dollar smile. Itulah maksudnya cinta pandang pertama.. “

” Sy x puas tgk MV pendek ni, sy terus cari di Youtube. Barulah puas, itu pun ulang² tgk. Si sweet tgk YB blushing dgn Zack skali blushing tgk diri dia atas pelamin.. “

” The fact that this MV was shot first and Bella’s hair is very similar to Selena Gomez’s wedding hairstyle! Mind blowing.. “

” YB cameo je pon dlm mv tu… kenapa real sangat pandangan dan senyum kat penyanyi asal. YB blushing tengok muka sendiri dlm video… seandainya Ahir video YB berjalan beriringan dgn Bella mesti lebih best .. “

Walaupun hanya sebagai cameo, kehadirannya berjaya mencuri tumpuan dan memberi warna tersendiri kepada keseluruhan penceritaan MV tersebut. Apa-apa pun, tahniah buat Bella atas karya baru ini dan semoga “Akhirnya Kamu” terus mendapat sambutan hangat daripada para peminat.

Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Handbag Sya by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak