Artis / Selebriti
” Yang behind the scene pun Mummy dan Daddy proud sangat dah rasa dengan you, Thalita.. ” – Watie
Video behind the scene Thalita berlatih menyanyi bersama Cakra Khan raih pujian ramai. Cakra pun macam kagum tengok Thalita menyanyi. Bak kata Watie, masa berlatih pun dah sedap, apatah lagi masa perform..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Shuib, iaitu Watie, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Thalita sedang menjalani sesi latihan nyanyian bersama penyanyi tersohor Indonesia, Cakra Khan. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai kerana menampilkan moment istimewa antara dua generasi penyanyi.
Menerusi video berkenaan, Thalita dan Cakra Khan menyanyikan lagu Seluruh Cinta iaitu lagu duet popular nyanyian asal Cakra Khan bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Gabungan suara mereka kedengaran merdu dan menyentuh perasaan.
Kelihatan Thalita menyanyi dengan penuh emosi dan semangat sepanjang latihan tersebut. Cakra Khan pula dilihat beberapa kali memberikan reaksi kagum serta sokongan terhadap kemampuan vokal Thalita, menjadikan suasana latihan itu lebih bermakna.

Menerusi kapsyen yang dimuatnaik, Watie meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Thalita dalam bidang nyanyian ketika ini. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet apabila ramai yang memuji kemerduan suara Thalita serta menyatakan kekaguman kerana Thalita mampu membawakan lagu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan begitu baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak semua orang boleh bawa lagu Dato’ Siti. You did very well Dekta, persis ibu sangat nie.. Sedap sangat.. “
” Berkali2 ulang video ni.. Suka dengar suara dekta.. Sedappp.. Ada iras suara ibu.. Gaya nyanyian pun dah semakin baik.. “
” Wowww bangganya aunty tengok dekta berduet dengan cakra khan masyallah tahniah dekta fly high .. Loveeeee terukkkk suara u dekta terbaikkkkkkkkkkkk love u.. “
” Sy tgk live Jakel smlm sbb Thalita je .. and im so proud with her improvement & confident.. Fly high Dekta.. “
” Part tarik start “tiada” tu mmg terus rasa dgr suara arwah Sarah.. Why she remind us so much of her ibu…. The way she sing… Love sangat suara dia.. “
” Bangga aku walaupun pun Thalita bukan anak aku ..suara dekta persis ibunya.. Dapat nyanyi dengan Cakra Khan artis ternama Indonesia tata buat aku.. “
” Proud giler dgn thalita,dgn confident dia eye contact msa persembahan mmg buat kita y tgk ni pun rsa wow n pd msa y sma blushing jgk. Part high note tu mmg style ibu kluar, mmg anak ibu btllah dekta ni.. “
Selain itu, ramai berpendapat bahawa Thalita mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam dunia nyanyian jika terus diasah dan dibimbing dengan baik. Tidak mustahil suatu hari nanti bakatnya bakal bersinar dan mencipta nama seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin dalam industri muzik tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow Amir, lain benar dah suara. Kenapa nyanyi pakai hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

