Connect with us

Artis / Selebriti

” Ya Allah, samanya suara. Betul ke telinga aku ni. Berulang kali aku ulang dengar.. ” – Komen Netizen

Video paduan suara Dato’ Jamal Abdillah bersama pemilik jenama fesyen, Amar Amran mendendangkan lagi Keluhan Perantau buat ramai terpegun. Fuh sebijik sama suara, sampai tak cam yang mana satu suara Dato’ Jamal. Ingatkan miming, merdu sungguh..

Dato’ Jamal Abdillah diberikan gelaran Raja Pop negara oleh orang ramai. Suara Dato’ Jamal yang lunak dan merdu serta ada keunikannya itu membuatkan Dato’ Jamal terus kekal relevan sehingga ke saat ini. Dato’ Jamal sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jamilabdillah79, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Dato’ Jamal bersama pemilik jenama fesyen terkenal, Amar Amran. Dato’ Jamal berkolaborasi bersama jenama ini untuk kempen Raya Sehati Sedondon.

Tampil segak dalam busana baju melayu berwarna merah terang, mereka berdua bergandingan menyampaikan lagu hit Dato’ Jamal berjudul Keluhan Perantau. Lagu ini cukup popular sekitar era 80an dan menjadi siulan ramai. Lagu ini juga mengingatkan warganet memori zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Amar Amran memulakan nyanyian dan ternyata suara Amar seiras dengan suara Dato’ Jamal. Ada yang menyangka ianya miming tetapi sebenarnya memang suara Amar. Tone suara dan lenggoknya sama, sehinggakan warganet tidak dapat membezakan suara mereka berdua.

Jom tonton video di bawah :

@jamilabdillah79

Keluhan perantau @AMAR.AMRAN & DJA Raya Sehati Sedondon

♬ original sound – mystoryz

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Terbaik la suara Amar Best sangat. kenape tak jadi penyanyi.. suara sebijik Jamal Abdillah.. dengar lagu raya sehati sedondon susah nak beza suara mereka berdua.. “

” Best kn dpt jumpa serupa Kita.. mest Jamal Abdullah seronok.. Saya jumpa serupa raseny mest kjp pandang kjp pandang pastu gelak.. “

” Jamal tetap Jamal, suara sedap.. Amar pun suara ada mirip suara Dato’ Jamal Abdillah.. tapi biasa la suara masing1 ad tone tersendiri… dua2 suara bagus.. “

” Rasa nak balik tahun 90an bila dengar lagu ni. sedapnya suara.. utk pengetahuan Dato Jamal lagu ni lah yg arwah Emak paling suka.. mak selalu suruh adik nyanyikan utk ni utk dia dgr.. “

” Tak perlu lah nk bandingkan.. dua orang yg berbeza tentulah tak sama.. apapun sedap jer dengar suara keduanya.. sayu rasa hati nak plak kat raya ni.. “

” Ya Allah samanya suara. Betul ke telinga aku ni.. berulang kali aku ulang dengar. dua-dua sedap suara.. seiras dan mendayu-dayu.. “

” Kalau x tengok muka Sy ingat datok Jamal yg menyanyi pd mula nya, sebab suara mereka sama.. copy paste betul suaranya.. “

Serupa sungguh suara Amar dengan suara Dato’ Jamal sehinggakan sukar untuk membezakan sama ada ianya benar-benar suara Amar atau pun hanya sekadar miming. Gandingan yang mantap dan kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri. Tidak perlu dibandingkan kerana kedua-duanya ada suara yang lunak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jamilabdillah79  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak