Artis / Selebriti
” Ya Allah meremang tengok, sakit ni. Teruk sangat tu, Astaghfirullahaladzim.. “- Komen Netizen
Perkongsian Dato’ Aliff Syukri terkena penyakit misteri menyebabkan badannya gatal-gatal raih perhatian warganet. Ya Allah terkejut dengar Dato’ cerita impak sakit ni. Nasib Dato’ Aliff cepat ke hospital, kalau tidak, tak tahu apa yang akan jadi..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan video live Dato’ Aliff Syukri bersama Datin Shahida dan Ammar Ahyan malam tadi. Dato’ Aliff kelihatan tidak selesa kerana mengalami penyakit misteri.
Badan beliau dipenuhi dengan merah-merah dan gatal-gatal. Dato’ Aliff juga mendedahkan keluarganya ditimpa sesuatu yang pelik. Bermula dengan sakit mata, kemudian anak-anak pula demam berpanjangan, ianya menimbulkan kerusingan di hati Dato’ Aliff.
Sudah beberapa kali Dato’ Aliff berjumpa doktor dan mengambil suntikan untuk meredakan kegatalannya itu, namun keadaan semakin teruk. Memandangkan keadaan semakin teruk, Dato’ Aliff ke hospital untuk rawatan. Tidak ingin menuduh sesiapa dan memikir yang bukan-bukan, Dato’ Aliff mengatakan mungkin dirinya terkena buatan orang kerana doktor mengatakan itu bukan penyakit kulit.

Pada perkongsian di akaun Tiktok OMG!My klik, Dato’ Aliff sudah pun ditahan di wad. Bukan sakit biasa, ianya lebih teruk daripada yang disangkakan. Melihat dari gambar yang Datin Shahida tunjukkan, merah di badan Dato’ Aliff itu memang menyakitkan.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 Dato Alif Syukri Gatal – Gatal Sebab Kena mandrem #TiktokMalaysia #viral #gosip #tiktok #fyp #malaysia #terlajaklaris
@omgmyklik Tergempar guyss! Datin Shahida kongsi gambar terkini @Aliff Syukri Kamarzaman terkena penyakit misteri. Netizen sahkan itu sihir #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Patut la saya perasan wjah dto macam hilang seri 2,3 hariani masa live. muka pun pucat dan nampak tak selesa sebab asyik menggaru.. “
” Doa byk2.. ni semua dugaan ats semua nikmat yg allah bg.. tu mksud nya allah syg.. sblm ni mata.. moga dipermudahkn ye.. “
” Wajah dato’ pun nampak macam lain.. kenapa la ada yg dengki ye.. rezeki dia .. usaha dia.. hmm dh 2025 wey.. “
” Berubat cara kg papa.org mana mana ada penyakit ain macam bole bt.hospital Pon teruskan semoga papa kuat semangat.. “
” Teruk sangat ni.. Astafirullahazim… moga dijauhkn dri pnyakit ain. Semoga Allah angkat segala kesakitan Dato Aliff Syukri.. kasihanila dia.. “
” Betul ckp ammar, pegi bwk berubat dgn ustaz dato.. kalau dh jumpa doktor pon xtau apa punca.. better pegi berubat dgn ustaz plk.. smoga family dato sentiasa dilindungi Allah.. “
” Ya Allah meremang tengok, sakit ni.. kesiannya papa, cuba lah berubat dengan ustaz.. mana tahu kan kot betul terkena. hati orang kita tak tahu mungkin ada yang tak senang dengan kejayaan papa.. “
Bahaya juga penyakit misteri yang Dato’ Aliff alami sekarang. Mujur cepat ke hospital, jika terlewat mengambil tindakan, entah apa lah yang akan terjadi. Apa-apa pun, semoga Dato’ Aliff cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Moga Allah permudahkan segala urusan Dato’ Aliff sekeluarga dan terhindar daripada penyakit ain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media33, Tiktok OMG ! My Klik
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


