Artis / Selebriti
” Ya Allah, baru dengar sikit je lagu Maryam dah meleleh air mata ni. Pandainya Rina menyanyi.. ” – Komen Netizen
Video anak Maryam You Narae, Rina menyanyikan lagu baru ibunya berjudul Hidayah buat ramai tersentuh. Pandainya Rina menyanyi lagu Omma dia. Penuh penghayatan, sampai ke hati..
Rina merupakan cahaya mata sulung Maryam You Narae dan Nik Muhammad Ryzal sering menjadi tumpuan di media sosial. Kali ini video Rina sedang menyanyi telah mencuri perhatian ramai. Rina menyanyikan lagu baru ibunya berjudul Hidayah.
Lagu Hidayah yang menjadi perhatian ini merupakan sebuah lagu yang penuh dengan mesej tentang mendapatkan hidayah yakni petunjuk dan panduan hidup, serta makna kehidupan yang mendalam. Ia bukan sekadar nyanyian biasa; ia membawa rasa dan makna yang kuat kepada yang mendengarnya.
Menerusi video yang berdurasi dalam satu minit ini, Rina cuba menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Walaupun agak sukar mendengar butiran lirik nyanyian Rina, namun bunyi melodi lagunya sama dengan lagu asal.

Netizen yang menonton video Rina memberikan pelbagai reaksi positif. Ramai menggambarkan Rina boleh menjiwai lagu ini seolah-olah dia faham akan maksud lirik tersebut. Lagu berjudul Hidayah ini jelas berjaya menyentuh emosi pendengar, terutama apabila ia membawa mesej spiritual dan refleksi diri.
Jom tonton video di bawah :
@uyounik Perminat pertama Omma😭✨ Full MV tengok di laman Youtube Scriptology Music🫶🏻❤️✨
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Pandainya rina menyanyi…samalah anak sulung perempuan suka menyanyi.. hidayah…. syukur ku ya Allah…hidayah.. “
” Apa2 je lah. asal bahagia. tak pahammm.. sama dgn mak dia nyanyi kat screen tv.. akpalah Rina syu ku kurr pun syu ku kur lah.. aunty tetap fan Rina .. “
” Adik pun pandai nyanyi sama2 kak Rina.. Tabah lagi adik rina.. pintar dn bijak ini Anak.. Comel je kan.. Beautiful voice & song.. “
” Alhamdulilah shukuran..pandai rina, maaf sy x dpt tangkap.. mesti la kena minat omma dlu… peminat no 1 omma.. “
” Alhamdulillah… Syukur ya allah… Comel rina. Semoga Allah sentiasa membimbing kita menuju Hidayah-Nya.. “
” MasyaAllah sedapnya suara.. Ya Allah baru dgr sikit je lagu maryam Dan meleleh air mata pagi2 nih.. Besttttttt dear alhamdulillah.. “
” Ya Allah baru dgr sikit je lagu maryam Dan meleleh air mata pagi2 nih, Semoga Allah sentiasa membimbing kita menuju Hidayah-Nya.. “
Nampaknya Rina sememangnya peminat nombor satu ibunya. Tidak mustahil jika selepas ini Omma berduet dengan Rina menyanyikan lagu Hidayah. Semestinya ramai peminat teruja ingin melihat pasangan duet Omma dan Rina. Brulah gempak.

Silakan SHARE..
Sumber :Tiktok Durian Kimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

