Artis / Selebriti
” Wow Mazuin Hamzah lah, masih cantik lagi macam dulu-dulu.. ” – Netizen
Video Mazuin Hamzah Menyanyi Bersama Ihsan Tarore Raih Perhatian Warganet. Lamanya Tak Tengok Mazuin, Maintain Cantik Dan Manis. Awet Muda Betul !!
Lama tidak mendengar khabar penyanyi Mazuin Hamzah yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Quinary M suatu ketika dahulu. Mazuin pernah mendirikan rumahtangga bersama Pengiran Muda Sufri Bolkiah, namun usia perkahwinan itu tidak panjang.
Selepas perpisahan itu, Mazuin hilang dari radar peminat dan sukar untuk menjejaki figura ini. Ada yang mengatakan Mazuin masih lagi tinggal di Brunei. Tidak kurang juga khabar angin yang mengatakan Mazuin menetap di London.
Meninjau akaun Tiktok shreampy, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Mazuin sedang menyanyi bersama Ihsan Tarore, juara Indonesian Idol. Mazuin yang sudah pun berhijab sepenuhnya ini kelihatan cantik sama seperti zaman mudanya dahulu.

Kerinduan peminat untuk melihat Mazuin dan mendengar suaranya terubat dengan menonton video ini. Bagi yang tidak tahu, Mazuin juga adalah sepupu kepada penyanyi dan pelakon kecil molek, Amy Mastura. Sekali pandang, Mazuin kelihatan seiras dengan Amy Mastura.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@hjibrahimshah Mazuin Hamzah LIVE! ❤️🥰❤️🥰 #legend #mazuinhamzah
Lebih 3000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow Mazuin Hamzah lah.. dia sangat-sangat cute, sekarang pun comel lagi.. Patut la suara dia macam Amy Mastura, sepupu.. ”
” Dulu mmang comel. masa masijd istana nurul iman pun comil lagi. tiap taun ada bzairah dhn mazuin dgn putri2 istana. open house raya lh.. ”
” Mazuin duet dengan Ihsan Tarore, winner of season 2 indonesia idol.. nak wajah dekat Maziun, saya peminat no 1 dia dari dulu lagi.. ”
” Saya dulu minat sungguh-sungguh yaqmat , klu jumpa gambar2 nya saya akan gunting n simpan.. ”
” Suka tengok muka Mazuin, comel. Rindunya nak tengok Mazuin.. minat sangat dengan Mazuin ini, suaranya best.. ”
” Kekal cantik dari dulu sampai kini, Dah macam sepupu dia Amy Mastura. Masih cantik lagi macam dulu2 sentiasa nampak muda Love u.. ”
” Tak jauh berubah kecantikan Mazuin Hamzah.. Mazuin comel macam Amy mastura. Comel lagi Mazuin macam dulu-dulu.. ”
Ramai yang merindui Mazuin Hamzah ini, antara penyanyi comel yang disukai ramai satu ketika dahulu. Dapat mendengar Mazuin menyanyi sebegini sudah cukup menggembirakan hati warganet. Semoga Mazuin berbahagia selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok shreampy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman




