Artis / Selebriti
” Wow apa ni, bersemut-semut skrin. Tumpah gula lagi.. ” – Komen Netizen
Video iklan Rexona lakonan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq buat pemiant BASS teruja. Wah makin mantap lakonan YB Saddiq. Kata-kata untuk Bella tu bukan main sweet lagi ye..
Selepas Adabi dan Lifebuoy, pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) muncul pula dalam iklan penjagaan diri, Rexona. Apa-apa sahaja projek yang melibatkan mereka berdua pasti mendapat sambutan yang hangat daripada peminat mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Bella dan YB Saddiq itu. Jalan ceritanya cukup simple dan bersahaja, namun tetap kelihatan manis apabila Bella berada bersama YB Saddiq.
Menerusi iklan ini, YB Saddiq sedang mengajar tutorial senaman, namun terhenti apabila melihat Bella. Dialog yang YB Saddiq ucapkan kepada Bella membuatkan peminat BASS teruja. Berbunga-bunga hati mendengar ayat manis YB Saddiq untuk Bella itu.

Lakonan YB Saddiq dipuji oleh warganet kerana tidak lagi kaku dan ‘kayu’ seperti awal-awal dahulu. Comel sahaja melihat mainan ekspresi wajah yang YB Saddiq dan Bella tunjukkan. Iklan pun berulang kali diulang tonton oleh warganet kerana suka melihat BASS.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kicap da tukar ke adabi_consumer , shower gel pun dah tukar ke lifebuoymalaysia, now deodorant ke rexonamalaysia.. sampai hati yb tinggalkan tutorial untuk rakyat sihat demi bella.. “
” Tak hormat orang single langsung korang kannn.. YB semakin pro berlakon n menari. Bella sentiasa cantik n comel. Semoga rezeki ybss & Bella tidak putus-putus dan dipermudah segala urusan. Aamin Ya Rabbal Alamin.. “
” Yihhhh masa utk jadi gila lagi.. yb makin power berlakon eceyyy.. Ciyaaa ciyaa sebab you wangi sangat sampai boleh nampak masa depan I dengan you.. “
” Tadi suruh stay fit, baru jumping jack nampak Bella terus “that can wait for another day”.. MasyaAllah, baju raya la, kicap la, mandian la, ni obt tiak pun dorg tapau ya, lps ni apa lagi agak nya, tepak sirih ke?.. “
” Dahsyat ni sbb wangi sangat nampak masa depan terus.. reaction yb memula tu reaction yb bila tgk bella selalu, tkyah acah berlakon k.. “
” Amboi amboi amboi.. Nmpk dh masa depan bersama..nk pindah blik ke bulan mcm ni.. Klu berdua ni yg buat kerja… mmg senyum sendiri kita d buatnya.. “
” Wow apa ni, bersemut semut skrin hp.. Tumpah gula lagi… Tapi.. kita suka.. Ngade la mcm ni.. Bulan pose ni nk sweet2 pulak.. Alhamdulillah rezeki bass, kita pulak yg tersengih tgk iklan ni.. “
Sweet bukan main lagi Bella dan YB Saddiq. Walaupun ini hanya lah sekadar iklan tetapi seperti dunia nyata sahaja lagak mereka berdua. Semoga Bella dan YB Saddiq terus dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan mereka dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

