Artis / Selebriti
” Wey kenapa aku pulak yang nangis. Mungkin ni la watak sebenar Dato’ yang anak dia selalu cakap.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri memberikan tazkirah kepada anak-anaknya curi perhatian warganet. Tak pernah tengok Dato’ Aliff bagi takzirah serius macam ni. Nasihat yang menusuk ke hati, sampai menangis Raudhah..
Dato’ Aliff Syukri bukan nama asing untuk orang ramai. Walaupun karakternya yang gila-gila dan selalu menimbulkan drama, Dato’ Aliff dalam realiti sebenar bukan lah begitu sifatnya. Sebagai seorang suami dan ayah, didikan dan asuhannya meraih pujian ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Denikiqm5rz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan moment bermakna Dato’ Aliff dan Datin Shahida bersama anak-anak mereka, Ammar, Qadejah, Baim, Yusoff dan Raudhah selepas mereka selesai solat maghrib berjemaah.
Masa yang ada digunakan sebaiknya oleh Dato’ Aliff. Sekadar peringatan untuk anak-anak, Dato’ Aliff memberikan sedikit tazkirah kepada mereka. Tanggungjawab sebagai anak, budi pekerti dan adab, itu antara yang Dato’ Aliff tekankan kepada anak-anak.
Kekayaan mungkin boleh diwarisi tetapi bukan iman dan kerana itu lah Dato’ Aliff dan Datin Shahida cuba memberikan didikan agama yang sebaiknya. Selepas tazkirah berakhir, Datin Shahida meminta agar semua anak-anak saling berpelukan dan ini membuatkan Raudhah tersentuh hati.
Jom tonton video di bawah :
@denikiqm5rz keluarga bahagia 🥹❤️ #alifsyukri #fyp #amayan
@denikiqm5rz keluarga yang hebat datang dari ibu bapa yang hebat 🥹❤️❤️ . love sangat family ni ❤️❤️❤️❤️❤️ #alifsyukri #fyp #amayan #fypシ
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suka tgk org melayu islam yg berjaya tak lupakan akhirat.. kepada ibu bapa luar sana, kaya atau miskin.. ini satu contoh yg perlu ada pada setiap keluarga.. kena ada sesi untuk deep talk, tazkirah dan lain2.. “
” Mungkin ni la watak sebenar dato yang anak dia selalu cakap.. Yg paling sy cemburu stiap wktu kalau free semua akan jemaah, mgrib isyak ad tazkirah dato yg akan berikan tazkirah.. “
” Salute cara dia mendidik. kebanyakkan parent ikut rentak anak. ni belum kaya dah ajar anak branded2. anak org2 susah mana ada extra class berbayar tapi result 8 A. Tengoklah Dato, pandai mendidik anak . Padahal dia kaya raya tetap ajar anak jgn berlagak.. “
” Saya suka sgt cara datok didik2 anak2nya.. bagus anak2 Datuk dan Datin, tenang dan focus dgr pesanan ibubapa, nmpk lah bagus didikan ibubapa walaupun sibuk cari rezeki dari gelap hgga gelap setiap hari.. “
” Salute utk datok datin. Suka dgr bila datok Datin ckp ” Jangan anggap diri kita kaya” nnt akan buat kita bongkak. Lihat org keliling yg ssh. br rasa kita bersyukur. Alhamdulillah saya dgr sampai hbs tau. inspirasi utk didik anak juga.. “
” Kejap aku ketawa berdekah tengok si cess punya react bila amayan cakap, Kejap aku nangis tengok raudhah, kejap aku ketawa balik tengok si yusuf main baju dia.. “
” Wey kenapa aku pulak yang nangis ni.. aku sebiji raudhah tpi bru 1 ayat air mata aku da banjir dulu da.. hebat keluarga Dato dan Datin.. “
Keluarga bahagia yang menjadi idaman ramai. Dato’ Aliff memberikan satu contoh terbaik untuk anak-anaknya dan pastinya mereja akan menjadi anak-abak sebagaimana impian Dato’ Aliff. Semoga Dato’ Aliff sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Denikiqm5rz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Asyik nak berpickupline 24 jam je Bella, YB pun macam dah malas nak melayan.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Guru sekolah sendiri menyebarkan spekulasi. Sungguh saya sedih mendengarnya.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku rasa aku dah garang dengan anak, rupanya Cess lagi garang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel Aafiyah malu-malu. Afwa tu macam mana boleh behave ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad buat macam lagu sendiri dah. Sempoi dan selamba jer dia tarik suara.. ” – Komen Netizen