Artis / Selebriti
” Weii aku pula menangis sekali. Nice sangat suara Imran ni bila depan-depan.. ” – Komen Netizen

Video pengantin lelaki menangis terima kejutan daripada pengantin perempuan dengan kemunculan Imran Ajmain di majlis perkahwinan mereka. Terkejut encik suami tengok penyanyi kesukaannya tiba-tiba muncul dan menyanyi live depan dia. Betul-betul surprise ni..
Meninjau di akaun TikTok pemilik bernama mynameiseepan, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Imran Ajmain hadir ke sebuah majlis perkahwinan dan membuat kejutan istimewa buat pasangan pengantin baru di hari bahagia mereka.
Kelihatan pada awalnya, Imran telah berjalan masuk ke dalam dewan dengan menyanyikan lagunya bertajuk ‘ Selamat Ulang Tahun Sayang ‘ buat pengantin. Melihat kehadiran Imran di depan mata, pengantin lelaki terkejut hingga menangis kerana tidak menyangka penyanyi kesukaannya itu hadir di majlis perkahwinannya.
Difahamkan kehadiran Imran ini adalah hadiah istimewa daripada pengantin perempuan sempena hari lahir pengantin lelaki tersebut yang jatuh pada hari perkahwinan mereka. Selepas menyanyi, Imran naik ke atas pelamin dan bersalaman dengan pengantin lelaki.
Tidak terhenti begitu sahaja, Imran sekali lagi mendendangkan lagu keduanya bertajuk ‘ Seribu Tahun’ dan pengantin lelaki itu turut menyanyi bersama-sama. Hingga kini, video Imran menyanyi di majlis perkahwinan telah ditonton lebih 2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mynameiseepan I would like to thank my wife for surprising me Imran Ajmain as a Special Guest for my birthday gift on our wedding day! You’re the best wife ever! @Eh-mi ❤️. Also i admire @Imran Ajmain voice 🤩 like mashallah look at him, so tall and such humble person i’ve ever met. Thank you abang kerana sudi datang ke wedding saya ❤️, what a way to end my wedding day 🤩. #fyp #weddingoftheyear #singapore #imranajmain
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weii aku pula menangis sekali. Nice sangat suara Imran ni bila depan-depan.. Aura diaaaa hebat betullll.. Bestnyaaa Imran Ajmain nyanyiii dekat weeding you.. “
” Aku2 sekali sengeh2 kat opis ni mcm kerang busuk. hahahahhaha Alhmdullah rezeki… Tahniah smoga kekal bahagia dunya akhirat.. “
” Kita yg tengok ni tersenyum sebab tengok pengantin happy Sgt dgn kejutan tu.. Semoga bahagia sampai syurga to bride and groom. Aamiin.. “
” Aww this is so cuteeee.. Kita yg tengok ni tersenyum from start to the end. I can feel the excitement hahaha.. Anw, selamat pengantin baru.. “
” Sumpah sedap gila suara Imran ni.. Level dia memang lain dari yang lain… Aku salah seorang peminat dia.. Sedap arr dengar dia nyanyi live.. “
” Adoi.. Sedap nye lah suara.. Sgt² rare taw.. Besday akk 5dec nanti.. Agak² mampu ke nk jemput ni… Selamat pengantin bru kpd kedua mempelai.. “
” Kenapa lah dia tak masuk gv tahun ni. Dia ni example penyanyi yg tak perlu suara tinggi pon yg penting sedap dan terbuai.. Aku suka dia.. “
Merdu betul suara Imran menyanyi, maka tak hairan lah kalau ramai yang memuji dan teruja mendengar nyanyian Imran ini. Apa-apa pun, tahniah buat mempelai, semestinya kehadiran Imran di hari persandingan kalian menjadi satu kenangan terindah dan bermakna buat kalian.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mynameiseepan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen