Artis / Selebriti
” Weh kenapa aku pun menangis juga, nampak penuh ikhlas luahan Angeline tu.. ” – Netizen
Video Eksklusif Temubual Bersama Pengantin Baru, Sabri Yunus Dan Angeline Tan Berkongsi Kisah Perjalanan Percintaan Mereka Buat Ramai Tersentuh. Part Angeline Bercerita Mengenai Anak-Anak Sabri Tu Memang Sebak Sangat !!
Umum mengetahui beberapa hari lalu, pelakon Sabri Yunus telah mengakhiri zaman duda bersama rakannya yang juga pelakon iaitu Angeline Tan. Berita gembira itu dikongsikan oleh penyampai radio, Issey Fazlisham yang turut hadir pada majlis pernikahan pasangan tersebut.
Terbaru, meninjau akaun Instagram radio Gegar telah memuatnaik beberapa video ekslusif temubual bersama pengantin baru ini yang hadir ke konti radio Gegar pada pagi tadi. Sabri dan Angeline kelihatan segak dan cantik mengenakan baju berwarna hijau sedondon. Menerusi video-video tersebut, Sabri berkongsi cerita bagaimana dia memulakan langkah untuk merisik Angeline.
Pasangan ini juga turut berkongsi perjalanan kisah percintaan mereka dan bagaimana hati Angeline untuk menerima Sabri. Menerusi video seterusnya, Issey berkongsi satu kisah ketika selesai majlis akad nikah, Issey ternampak Angeline memeluk anak-anak Sabri dan mereka saling berbual.

Issey telah bertanya kepada Angeline apa yang dibual Angeline bersama anak-anak Sabri. Dengan penuh rasa sebak, Angeline memberitahu dia begitu sayangkan anak-anak Sabri dan menganggap mereka sudah seperti anak-anaknya sendiri. Kata Angeline lagi, penerimaan anak-anak Sabri terhadapnya juga sangat baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terharu setelah mendengar perkongsian oleh Sabri dan Angeline serta rata-ratanya memberikan kata ucapan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh kenapa aku pun menang1s juga, nampak penuh ikhlas luahan Angeline tu.. Indahnya perjalanan kisah pasangan ni.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. “
” Tahniah buat pasangan.. Sedih plak kalo sbagai ank ngr ibu tiri cakap mcm tu. tak semua ibu tiri boleh buat mcm Angeline tan mcm tu… Tak semua.. “
” Semoga berbahagia… In syaa Allah angeline akan jd Ibu tiri yg baik dan disyangi anak2 tiri hingga ke akhir hayat. Sama jg dgn Sabri Yunus dgn anak2 Angeline.. “
” Nampak betul keikhlasan dalam perhubungan dalam ikatan yang sah ini.. Matang kedua-duanya.. Moga bahagia hingga ke syurga.. “
” Ske tgk dorg drp Pi Mai Pi Mai Tang Tu lg dgn arwah Pak Uda pkai butang bju pn tak btl time tu… Semoga kekal hingga ke jannah… Insyaallah aamiin.. “
” Amboi… Hepi nampak Abng Sabri kat belakang tu.. Saya doakan semoga bahagia hingga ke jannah ya.. Sy pula tersenyum tgk video ni.. “
” Bawakan Isteri ke jln syurga ye pakcik Sabri Yunus.. Alhamdulilah semoga dipermudahkan urusan mereka, insyaallah.. “
Indahnya jalan percintaan Sabri dan Angeline. Ini lah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah, dari sahabat yang sudah mngenali puluhan tahun, kini menjadi pasangan hidup. Semoga perkahwinan Sabri serta Angeline akan kekal bahagia hingga ke Syurga Firdaus.

Silakan SHARE..
Sumber : IG gegar.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

