Artis / Selebriti
” Wah rindunya kumpulan Jelmol ni. Sedap suara dia sama macam dulu.. ” – Netizen
Video Persembahan Itam Jelmol Di Sekolah Adik Amir The Chosen One Raih Perhatian Ramai. Wah Lama Tak Tengok, Masih Maintain Dan Lunak Merdu Suara Itam. Suara Dah Macam Telan Kaset. Item Siap Bagi Pesanan Pada Amir !!
Era 90-an dahulu, industri hiburan dimeriahkan dengan kehadiran sebuah kumpulan Orang Asli yang menamakan diri mereka sebagai Jelmol. Lagu hits Jelmol yang menjadi siulan ramai dan selalu dimainkan di corong radio adalah Rinduku Tiada Berteman.
Sekian lama Jelmol menghilang dari radar, akhirnya warganet dapat mendengar kembali suara merdu vokalisnya, Itam Jelmol. Menerusi akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Itam Jelmol membuat persembahan di penutup karnival ekplorasi Kemarian.
Itam sudah semakin berusia, namun suaranya tetap sama seperti dulu. Lenggoknya masih serupa dan sedap didengar. Ketika Itam baru memulai nyanyiannya, semua yang berada di dewan terbuka SK Rps Kemar ini turut sama menyanyikan lagu tersebut.
Wah bukan hanya orang dewasa, kanak-kanak sekolah pun tahu lagu popular Jelmol ini. Terubat kerinduan peminat untuk mendengar suara Itam Jelmol. Menerusi satu video lain pula, Itam ada menitipkan pesanan untuk Amir sebagai pendatang baru dalam industri.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Rindu tiada berteman Itam Jelmol
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
@amir.sisiunukoffi Walau jauh jarak usia,namun mereka berdua menjadi kebanggaan masyarakat mereka dan Malaysia,terima kasih atas memori bersama#fypシ #evolusibintangbaharu #berandatiktok #amirsisi #termojproduction #diaridaripedalaman
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Itam jelmol Ade lah band asli ptama ketika dahulu… sekarang kemunculan Amir.. dua vokal yg mntap.. ”
” Wahhh suara dia tak berubah macam dalam kaset la. zaman sekolah menengah slalu layan lgu jelmol ni.. ”
” Satu kan atok itam jelmol dgn amir mesti best… suaranya msih mantap… lagu top era 90an. kompem letop.. ”
” Wah… rindu nya kumpulan jelmol ni… sedap sore dia.. suara pn x berubah weehhhh.. masih hebat lagi.. walaupun umur dah 60.. ”
” Kemain adik² ni tau lagu jelmol eh …. ni lagu zaman acik muda² dulu tau.. suara Dr dlu smpi skrg xberubah beb… tbaiikkkkk.. ”
” Walaupun show d skolah jak.. tp feel tu.. smpai… arw4h mak aku bukan main suka lagu kumpulan Jelmol ni… siap beli CD Ori lagi
” Suara x berubah lagu fav ni memang best… lagu dulu2 memang best2 x mcm lagu skang byk yg merepek feel pn xde.. ”
” Wahh suara x berubah dr dulu sampai skrg .. terbaiklah jelmol.. macam kaset. terasa st sebaya dgn budak2 ni haha. 90an hadir.. ”
Alahai merdunya suara Itam, sama sahaja macam dulu dan membuatkan semua terhibur mendengar nyanyiannya. Walau pun cuma satu lagu yang didendangkan, ianya cukup mengamit kenangan semua. Semoga Itam Jelmol dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim