Artis / Selebriti
” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
Video sambutan hari lahir YB Syed Saddiq bersama Bella Astillah dan keluarga YB curi perhatian warganet. Wah happy family, semua sporting. Teruja dan excited YB Saddiq bila buka kotak hadiah Bella bagi. Bukan biasa-biasa harganya..
Pasangan kesayangan ramai, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sentiasa menjadi perhatian warganet. Ramai yang tidak sabar menanti hari lahir YB Saddiq kerana ingin melihat apakah kejutan yang akan diberikan oleh Bella untuk rakan sekerja dan teman setianya ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka90, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella bersama ahli keluarga YB Saddiq menyambut hari lahir YB Saddiq di sebuah restoran. Bella sememangnya akrab dan mesra dengan semua ahli keluarga YB Saddiq.
Seluruh keluarga seakan sudah merestui hubungan Bella dan YB Saddiq. Setiap kali ada keraian keluarga, baik sebelah Bella mahu pun sebelah keluarga YB Saddiq, pastinya kelibat mereka berdua akan ada. Sebagaimana YB Saddiq memberikan kejutan ketika hari lahir Bella sebelum ini, Bella juga mengatur sesuatu untuk YB Saddiq.

Setelah menyanyikan lagu selamat hari lahir, Bella menyerahkan sekotak hadiah dan semua teruja untuk melihat apakah hadiah yang Bella sediakan untuk YB Saddiq. Ketika kotak pembalutnya dibuka, YB Saddiq sendiri teruja apabila melihat nama jenama yang tertera pada kotak itu.
Jom tonton video di bawah :
@sitieiyka90 Happy birthday yb syed saddiq 🎉🎊 Wow dpt gift dari yayang 😍 #syedsaddiq #bellaastillah #fypp #besdayboy
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aippp kenyit-kenyit mata pulak, mata tu mata yb haha.. Alhamdulillah ya Allah happy nya tgok YB , Bella dn family Yb Semoga ia nya akan kekal smpi bila2 dn hingga ke janah.. “
” Video yang dinanti-nantikan.. happy family turut bahagia tengok.. Putih warna kegemaran yayang Bella, YB pasti happy kan.. hadiah so special daripada Bella untuk cinta hati.. “
” Wow,yayang bagi hadiah kasut cycling warna putih.. sentiasa pakai lah nanti setiap kali cycling.. blh tahan mahal gk tu tgk dari jenama.. “
” YB ada je duit tapi jenis penjimat selagi boleh guna guna. Dengan kasut pun boleh setia, apa lagi dengan orang. Sama mcm Bella utamakan family dulu. hadiah paling special yb dapat daripada yayang tersayang.. “
” I cannot la muka presiden BASS tu curious betoll tengok hadiah YB.. Awhhhhhh selalu kita nampak YB’s act of service. Now this is Bella’s act of service.. “
” Bella tahu apa keperluan YB .. untung hadiahkn brg utk org yg setia mcm YB ni,dia akan manfaatkan dgn sepenuh hati apatahlagi dari insan kesayangan.. “
” Bella memang wanita luar biasa yb.. peka dan memahami. aaaa nak nangis.. mmg terharu tgok, teringat juga dgn tali pinggang dia yg dah terkopek2 dulu tu, bella bagi hadiah yg sgt tepat mgkin sbb dia prasan kasut yb dah nazak sgt.. “
Hadiah yang cukup bermakna dan salah satu keperluan YB Saddiq. Bella memang benar-benar memahami YB Saddiq dan pastinya hadiah ini akan dijaga dengan baik oleh YB Saddiq. Semoga ada pengakhiran yang manis dan membahagiakan untuk YB Saddiq dan Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Eiyka90, TT Scha…a
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

