Connect with us

Artis / Selebriti

” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain

Video Ezwan Zain membocorkan rahsia Erra Fazira ketika podcast KasiOnz bersama Ustazah Nazirah Abu Bakar buat ramai terhibur. Kuat menyakat betul lah Mr E ni, merah muka Erra kena usik macam tu, haha..

Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pasangan pengantin baharu, Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain, pasti mengetahui bahawa mereka kini turut mengendalikan rancangan bersama iaitu podcast KasiOnz Channel. Rancangan tersebut menampilkan pelbagai tetamu jemputan setiap minggu dengan topik perbincangan yang memberi manfaat kepada penonton.

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok rasmi KasiOnz Channel, telah dimuatnaik video yang memaparkan Ustazah Nazirah Abu Bakar sebagai tetamu jemputan. Menerusi sesi tersebut,  Ustazah Nazirah membincangkan tentang kelebihan solat berjemaah antara suami dan isteri dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Menurut Ustazah Nazirah, amalan solat berjemaah bersama pasangan bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, malah mampu menurunkan ego serta membantu mengawal kemarahan. Tambah Ustazah Nazirah, momen bersalaman selepas solat juga boleh melembutkan hati dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Suasana kemudiannya bertukar ceria apabila Ezwan secara spontan berseloroh bahawa dia sering mencium tangan Erra, walaupun ketika isterinya itu hanya mahu ke dapur. Kata-kata tersebut jelas mencuit hati dan membuatkan Ustazah Nazirah turut tersenyum.

Tonton video di bawah ini :

@kasionzchannel

Solat jemaah suami isteri akan turunkan ego. Layan episod 11 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain @Ustazah Nazirah Abu Bakar

♬ original sound – KasiOnz – KasiOnz

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai respon selepas menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lawak nye mr ezwan… Malu erra d buat nye.. Hahaha.. Tapi betoi. kalau gaduh, saya ckp. ‘japgi solat sekali.’ Lepas solat auto sejuk hubungan.. “

” Mr E… Kita perati je nnt kita komen… Kak Erra sabar je lah “ syurga utk mu.. Alhamdullillah semoga kekal sampai Jannah sweet nya..”

” Lepas kawin makin berseri kak Erra Fazira.. Blushing ustazah dgar sweet couple ni, sweet sampai potong kaki, haha.. “

” Hahaha… Lawak la Mr E ni… Bukan biashe2 ni.. Rupanya bukan je romantik, kuat menyakat, kelakar Mr E ni, hahaa.. “

” Jujurnya Mr E, terkejut Kak Erra dibuatnya, hahahahahaha nampak malu2 Kak Erra dengan Ustazah.. Sekali Ustazah pun senyum.. “

” Mr. E ni suka gurau. Bagus lah dia.. Pandai cari helah nak beri isteri ketawa.. Aduhai.. Best betul lah channel ni.. “

” “Tak payahlaaaa ceritaaa” HAHAHHAHAHAHAHA kantoiiii kak Erra.. Kelakar betul lah pasangan suami isteri ni.. “

Mendengar kenyataan suaminya, Erra kelihatan sedikit malu dan sempat berkata perlahan agar perkara sebegitu tidak perlu diceritakan kepada umum. Gelagat pasangan ini nyata menghiburkan dan sekali lagi menarik perhatian warganet yang teruja melihat kemesraan mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok kasionzchannel, IG errafazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

 

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak