Artis / Selebriti
” Untung Zara sebut daddy je 1k 2k, mommy ni sampai sudahlah haaa.. ” Datin Alyah

Video Gelagat Dato’ Ramli MS Berbual Bersama Anaknya, Nur Izzara Mencuit Hati Warganet. Amboi Daddynya Pun Bukan Main Lagi Offer Zara Duit Kalau Sebut Daddy. Dengar Dua Ribu, Terus Berbunyi Zara Panggil Daddy. Bijak Betul Zara Ni !!
Kehidupan Dato’ Ramli MS dan Datin Alyah bertambah ceria sejak kehadiran anak angkat mereka, Nur Izzara. Pasangan ini memaklumkan kepada umum mengenai Zara ketika mereka mengadakan majlis cukup jambul Zara sekitar pada bulan Jun yang lalu.
Setelah itu, banyak video Zara dikongsikan untuk tontonan warganet. Dato’ Ramli juga kelihatan sisi lainnya ketika melayani Zara. Tiada lagi Tok Ram yang serious wajahnya dan kini Tok Ram lebih banyak ketawa melayani kerenah Zara yang semakin pandai berkomunikasi.
Meninjau entry terbaru Alyah di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tok Ram sedang bermain bersama Zara. Tok Ram mengajar Zara untuk menyebut perkataan ‘ Daddy ‘. Zara pada awalnya tidak memberi respon dan hanya memandang wajah Tok Ram.
Tok Ram cuba menarik perhatian Zara dengan terus bercakap dan menawarkan hadiah berupa wang jika Zara menyebut Daddy. Tidak respon dengan tawaran seratus dan dua ratus, Tok Ram naikkan pula kepada seribu dan 2 ribu dan tiba-tiba kedengaran suara Zara berbunyi. Amboi bijak betul anak kesayangan daddy ini.
Jom tonton video di bawah :
@alyah81official untung zara sebut daddy ja 1k 2k,Mommy ni sampai sudahlah haaaaaaaaa 🤪🤪🤪 #fyp #fypage #fypシ゚viral #tokramzara #alyahtokram #alyahzara
Perkongsian oleh Alyah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Itu kalau up 5000 terus Zara sebut daddy mummy laju-laju haha.. Comel je Zara.. dia kira dulu baru menyahut, pandai sangat.. ”
” Alaaaaaaa dia suka betul dgn daddy dia erkk. Tak berkelip mata.. Hahah comel .. betul-betul dia pay attention. Macam dia faham hehe.. ”
” Tengok jari dia tokk, masa seribu dua ribu dia tengah kiraaa. haha habis la Nabil mesti buat bahan ni.. ”
” Nmpk ceria di wajah tok ram melayan anknya tu, tu mesti taknk kuar rumah tu, nk main dgn baby tu je.. ”
” Zara kate dedi tgu kejap agi.. boleh cakap pening dedi nak bayar haha.. Bagus ade baby kat umah.. salah satu terapi stress.. baby makin comel.. ”
” Pengikat kasih syg suami isteri.. suka zara berckap dgn daddy dia.. Zara dah muka tokram.. comel betul anak dan ayah punya bonding time.. ”
” Zara nanti lagi 3 Bulan 2000 darab 3 tau Zara haha. Comel sangat tu, bijak pandai budaknya.. ”
Tumpang bahagia warganet melihat gelagat Tok Ram dan Zara. Semakin bahagia hidup Tok Ram ada si comel ini bersama. Daddy jangan gelak sangat, nanti Zara sudah pandai bercakap habis lah Zara claim semua offer daddy sebut tu, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tokram Ramli, tiktok Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral5 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral4 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral4 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral6 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli