Artis / Selebriti
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
Video menantu Sheila Rusly, Beatrice Chitra membuat kejutan masak menu berbuka puasa untuk Sheila buat ramai terhibur. Terkejut terus Sheila tengok semua menu. Lain yang diharap, lain yang dia dapat, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Sheila Rusly, telah dikongsikan video yang memaparkan sambungan video yang memaparkan menantu keduanya, Beatrice Chitra cuba memasak lagi menu juadah berbuka puasa untuk Sheila. Sebelum ini, Beatrice ada memasak Indo Mee dan diletaknya daging dan tak disangka rupa-rupanya Sheila sebenarnya tidak makan daging.
Menerusi video pada kali ini, kata Beatrice kepada suaminya, Mika, dia tahu apa yang Sheila mahu makan kerana dia adalah menantu Sheila. Kelihatan Beatrice ada memasak beberapa juadah dan selepas selesai masak, Sheila datang ke ruang makan lalu melihat apa yang dimasak oleh Beatrice.
Tidak disangka reaksi Sheila seakan-akan terkejut melihat semua menu yang dimasak oleh menantunya itu. Manakan tidak, semua juadah yang dimasak oleh Beatrice adalah berasaskan telur dan antaranya adalah telur goreng, telur masak lemak serta telur masin.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat reaksi Sheila dan mengatakan meskipun semuanya masakan telur, ianya kelihatan sangat menyelerakan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Sheila itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. Telur pun telur lah, hahaha semua nampak sedap juga tu.. “
” Hahaha hari tu dah tak makan daging, igtkan menu telur lulus lah, tapi sekali semua dia masak telur, hahaa.. Lawak lah menantu sis ni.. “
” Mak kan tak makan daging, hahahaha, telur lah dia bagi.. Tang bwk telur masin teros tesembuq.. Terus naik hantu sis, hehe.. “
” Masalahnya masak semua menu telur pon sedap .. Hahahaha teringt video pkp budk msk telo, telo rebus, telo goreng, msk lmk telo ahahhahahahahahaha.. “
” Satu family masuk air, lawak betul video korang ni.. Habis satu rumah nanti lepas makan kentut bau telur lah jawabnya.. “
” Nampak sedap dan menyelerakan.. Untung sis dapat menantu pandai masak, hehe.. Muka menantu ada iras mak mertua lah.. “
” Tu hari masakkan indomie ad daging tp mertua takmkn daging nahhhh ni hari semuaaaaa menu teloqqq hahahahaha kelakar betolll 22.. “
Gara-gara ibu mertua tidak makan daging, pelbagai menu masakan telur yang Beatrice sediakan. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan Sheila sekeluarga. Semoga keluarga ini terus hidup bahagia bersama dan segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspicture
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti5 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen


