Connect with us

Artis / Selebriti

” Uishh, tiba-tiba je dah kurus. Slim betul Kak Abby sekarang.. ” – Komen Netizen

Kongsi Video Bersenam Bersama Anak Sulungnya Danish Hakim, Ramai Terkejut Melihat Penampilan Abby Abadi Kini Yang Semakin Kurus. Wah, Slim Habis Ni. Jauh Betul Beza Dengan Sebelum Ini. Terus Nampak Muda 10 Tahun Macam Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Abby Abadi, p0sting terbaru Abby telah meraih perhatian ramai. Abby telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan senaman bersama anak sulungnya iaitu Mohamed Danish Hakim.

Ramai yang terkejut melihat penampilan Abby yang sudah semakin slim. Susuk tubuh Abby hampir sama besar sahaja dengan anaknya itu dan hal ini menyebabkan Abby kelihatan muda daripada usianya. Nampak seperti seorang kakak bersama adik sahaja.

Nampaknya usaha keras Abby untuk menurunkan berat badannya hampir berjaya kerana kini terlalu ketara perbezaannya dengan Abby yang dahulu. Abby turut sebuah lagi video yang membuktikan penat lelahnya untuk kembali kurus sudah terlaksana.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila berat badan semakin susut, Abby nampak semakin cantik dan muda. Danish juga banyak membantu ibunya untuk kekal sihat dan kembali kurus.

Jom tonton video di bawah :

Antara video lain :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat penampilan Abby. Antara komen-komen yang diberikan :

” Auto nampak muda macam 20an,  nampak macam kakak dengan adik. .. Kurus banyak dah kak Abby . wah peha kak abby dh tk rapat dh.. “

” Kuwusnyaaa.. Ya allah bila laa kita nak ade semangat cmnihhh.. Wahhhh dah semakin susut syabas syabas.. Mamayebby dah turun berapa kg?.. “

” Nmpk slimm dh sikit tu….alhmdulillah, smoga istiqomah.. Uish ttbe je da kurus. Awat susah ku nak kurus.. kena ada geng baru best ni.. “

” Baby bnyk ikut muka abby..lebar muka mcm Abby..Marissa bnyk muka Norman..muka tirus mcm Norman.. Bl kurus,da rupe marissa.. “

” Wahhh dah makin haluss ni.. dh kecik sgt ni kak abby.. kurus da kak abby peha tu semakin mengecil arghhhh jelessss .. “

” Wahh serius la dah halus.. tolong reveal rutin harian A to z cara kuruskan badan please. Selim betol dah kak abby skrg.. “

” Wahhhhh abby elite dah kembali.. Bila dh besar ank tu iras norman pulak ibarat kak abby dgn norman.. Jauh sgt dh akk tgl saya ni.. Saya tk kurus2 lg pelan2 kak.. “

Wah, memang nampak cantik sungguh Abby sekarang. Bak komen netizen, Inspektor Aleza sudah kembali. Semoga impian Abby Abadi untuk mencapai berat badan yang diingininya tercapai dan terus mengekalkan gaya hidup sihat. All the best buat Abby.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT